Kingsoft Office an Alternative to Microsoft Office

Sudah sekian lama, mempromosi penggunaan open document format (ODF) kepada semua, namun usaha tersebut kelihatan begitu tidak mendapat sambutan kerana ramai yang tidak ambil endah tentang kebebasan perisian. Objektif asal/utama penggunaan ODF adalah untuk menggalakkan penggunaan format dokumen yang ‘terbuka’.

Keterbukaan ini menggalakkan kebebasan perisian di dalam era IT masa kini yang dibawa oleh Richard Stallman (www.fsf.org) untuk kesejahteraan masyarakat yang lebih prihatin dan memberi peluang kepada masyarakat yang tidak berkemampuan. ODF diharap mampu mengalih pengguna-pengguna perisian Microsoft Office yang ‘kebanyakan’ menggunakan perisian CETAK ROMPAK, walaupun terdapat PERISIAN BEBAS (Free Software) iaitu LibreOffice. Kesedaran tentang kesalahan dan penggunaan yang tidak beretika ini juga selalu diabaikan pengguna. Antara alasan-alasan yang paling terkenal adalah:

    1. “Semua orang guna, jadi saya pun guna juga”
    2. “Susah nak belajar perisian baru dan membuang masa yang berharga dan saya tidak ada masa!”
    3. “Format ‘lari’….”
    4. “Sudah biasa menggunakan perisian Microsoft”

Bagi pengguna TEGAR seperti saya yang tidak mahu menggunakan perisian Microsoft, saya menghadapi terlalu banyak masalah terutama di dalam perkongsian dokumen. KESEMUA dokumen di agensi kerajaan mahupun swasta penggunakan format dokumen .doc, docx dan seumpamanya menyebabkan sukar bagi saya memproses dokumen-dokumen tersebut.

Kini masalah yang dinyatakan diatas dapat diatasi dengan adanya perisian Freeware (bukan Free Software) dan perisian ini boleh dipasang pada sistem Ultimate Edition (UE) 3.5 (berasaskan Ubuntu) yang saya gunakan. Alhamdulillah dengan adanya perisian Kingsoft ini, saya dapat menggunakan sistem UE saya dengan mudah dan berkesan.

Kepada pengguna-pengguna TEGAR Free Software yang semacam saya boleh menggunakan perisian Kingsoft dalam menangani masalah perkongsian dokumen dengan pengguna-pengguna lain yang masih TEGAR menggunakan perisian Microsoft Office.

Maklumat tentang Kingsoft boleh dicari melalui pertanyaan kepada PAKCIK GOOGLE.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s