OSS Self Reliance Workshop – MAMPU

Semalam dan hari ini (25hb dan 26hb), saya menghadiri Bengkel Program OSS Self-Reliance yang dilaksanakan oleh MAMPU melalui OSCC. Saya dipanggil untuk memberi pembentangan tentang OSS. Seramai 4 orang pembentang pada bengkel ini yang dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan. Antara pembentang ialah YBhg. Datuk Haji Zaini Md. Nor, CEO Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (sebelum ini YDP Majlis Perbandaran Melaka). Pembentangan beliau SANGAT bagus dan sungguh mengkagumkan. Layak menerima anugerah CEO yang CEMERLANG yang mengimplementasikan OSS di jabatan beliau.

Selain itu Encik Abbas Abdul Wahab, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Perancang Bandar & Desa yang membentangkan OSS GIS. Saya mengjangkakan beliau mampu menjadi “next” Red Hat Malaysia, InsyaAllah.

Encik Megat Ali Megat Johari, Pensyarah Kolej Matrikulasi Selangor pula membantangkan isu2 pelaksanaan OSS yang telah bermula sejak 1999!!!! lama tu! Patut la pelajar2 UniMAP ada yang sudah pun mahir dgn OSS…

Berikut disertakan 2 gambar bengkel tersebut. MAMPU memang bekerja keras mempromosikan OSS ini, jom sama2 bantu MAMPU.

Sesi Plenari: YBhg Datuk Haji Zaini Md. Nor

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s