Android 3.x is not a FREE SOFTWARE!!!

Sejauh manakah Android menghormati kebebasan pengguna? Bagi pengguna komputer yang menghargai nilai-nilai kebebasan, ini adalah soalan yang paling penting. Dalam gerakan Perisian Bebas/Percuma (Free/Open Source Software), mereka membangunkan perisian yang menghormati kebebasan hak pengguna dengan menghasilkan perisian BEBAS. Maksud perisian BEBAS disini adalah:

1. Memberi kebebasan pengguna utk menggunakan perisian tersebut untuk apa juga tujuan.

2. Memberi kebebasan untuk mempelajari perisian tersebut melalui kod sumber yang disediakan,

3. Memberi kebebasan untuk pengguna mengubah perisian tersebut mengikut keperluan pengguna (dgn syarat memberi kebebasan yang sama kepada orang lain),

4. Memberi kebebasan untuk mengedarkan perisian tersebut kepada sesiapa sahaja.

Sebaliknya, idea “Sumber Terbuka (Open Source)” memberi tumpuan kepada bagaimana untuk membangunkan kod; ia adalah arus pemikiran yang berbeza di mana nilai kualiti kod yang diutamakan dengan perkongsian kod sumber DAN bukannya bermatlamat menghasilkan perisian BEBAS. Oleh itu, terma “TERBUKA” yang diwar2kan oleh Google berkaitan Android amat mengelirukan, kerana “terbuka” bukan bererti “kebebasan”.

Android adalah satu sistem operasi untuk telefon bimbit, yang terdiri mengandungi kernel Linux (kernel Torvalds), beberapa “library”, platform Java dan beberapa aplikasi yang lain. Linux selain, perisian Android versi 1 dan 2 kebanyakannya dibangunkan oleh Google dan Google mengumumkan perisian tersebut menggunakan lesen 2.0 Apache, perisian bebas tanpa COPYLEFT.

Versi Linux yang dimasukkan ke dalam Android adalah perisian yang TIDAK sepenuhnya bebas. Android menggunakan firmware bukan bebas yang lain dan juga “library” yang bukan BEBAS. Selain itu, kod sumber Android versi 1 dan 2, seperti yang dikeluarkan oleh Google adalah BEBAS, tetapi kod bagi Android 1 dan 2 tersebut tidak mencukupi untuk membuat peranti tersebut berfungsi sepenuhnya.

Kebanyakan aplikasi yang digunakan oleh Android juga tidak BEBAS. Android tersangat berbeza berbanding sistem operasi GNU/Linux kerana ia mengandungi sangat sedikit GNU. Malah, persamaan antara Android dan GNU/Linux hanyalah Linux iaitu kernelnya sahaja dan tidak GNU. Oleh itu Android dan GNU/Linux adalah OS yang sangat berbeza.

Google juga telah mengisytiharkan bahawa kod sumber Android 3.0 tidak akan dikeluarkan kepada umum, sekali gus mengesahkan Android 3.0 bukan lagi PERISIAN BEBAS sebagaimana yang didefinisikan oleh Richard Stallman di Free Software Foundation (FSF).

Kesimpulannya Android 3.0 keatas adalah perisian bukan BEBAS!!!!! Android 3.0 and above are not FREE SOFTWARE!!!!!!!!!!!!! 😦

Maklumat lanjut sila ke pautan ini:

http://www.guardian.co.uk/technology/2011/sep/19/android-free-software-stallman