Free Technology Academic (FTA)

Assalamualiakum,

Agak lama juga tidak memasukkan maklumat ttg Free Software. Berikut saya ingin kongsikan maklumat tentang usahasama beberapa institusi dari Eropah berkaitan dgn Free Software.

Akademi Teknologi Bebas…

Free Technology Akademy (FTA) adalah inisiatif bersama beberapa institusi pendidikan di beberapa buah negara di Eropah. FTA bertujuan untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat membolehkan semua pengguna untuk belajar, menyertai dan membina pengetahuan tanpa sebarang sekatan.

FTA menawarkan tahap program Master secara online dengan mata kuliah tentang Technologi Bebas (Free Technologies). Pelajar boleh memilih untuk mendaftar satu kursus sahaja, atau mendaftar untuk kursus-kursus untuk seluruh program. Kuliah/tutorial adalah secara online di kampus FTA maya dan dilakukan oleh pensyarah dari universiti yang terlibat. Kredit yang diperolehi dalam program FTA diakui oleh universiti yang terlibat. Program master penuh boleh dilengkapkan di salah satu universiti yang terlibat.

Walaupun penghasilan dan penggunaan Open Educational Resources (OER) berkembang dengan cepat, tetapi hanya sedikit sahaja yang digunakan. Program pendidikan dari Free Teknologi Academy menampilkan inspirasi dari kolaborasi dan eksploitasi bahan yang berkaitan secara bebas dan tanpa memerlukan lesen. Perisian yang digunakan di kampus maya FTA adalah perisian bebas dan dibina di atas kerangka Standard Terbuka.

Dana pelaksanaan Free Teknologi Akademi (FTA) diseduakan oleh program Long Life Learning (LLP) dari Suruhanjaya Eropah. Ia merupakan kolaborasi antara FKI dan tiga universiti di Eropah iaitu:

  1.     Free Knowledge Institute (FKI) – Belanda
  2.     Open Universiti – Belanda
  3.     Oberta Universitat de Catalunya (UOC) – Sepanyol
  4.     University of Agder (UiA) – Norway

FTA Konsortium bertujuan untuk mempercepat penggunaan Perisian Bebas (Free Software) dan Pengetahuan Bebas (Free Knowledge) dengan bekerjasama merancang/melaksana projek-projek strategik seperti FTA, SELF Project antarabangsa, dan inisiatif yang lain. Mereka bekerja sama dengan pihak tertentu untuk menubuhkan sebuah ekosistem yang mantap untuk penghasilan bahan-bahan pendidikan bebas. Dengan ini menjadikan Konsortium FTA antara inovator masyarakat pengetahuan.

Maklumat Lanjut : http://www.ftacademy.org/about

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s