Blackberry as MODEM for Ubuntu

Greeting to all,

Kerana “keperluan pihak pengurusan”, TERPAKSA guna Blackbery. W/pun di dalam hati kecil ini.. Free Software (Android) smartphone menjadi pilihan utama. Hari ini dah masuk seminggu menggunakan Blackberry (Bold) model 9870. Sebelum ini saya menggunakan Samsung Galaxy 5 (Android) dan sangat berpuas hati dengan pilihan aplikasi yang terdapat pada Android Market. Setelah seminggu menggunakan Blackbery @ BB rasa ok juga la.. w/pun pada mulanya agak terkial2 nak menggunakannya. Setakat ini ada 2 kelebihan yang saya dapati pada BB ini. PERTAMA... ia ada BB Message.. so boleh bermesej dgn rakan2 BB yang lain. Emm satu aplikasi yang agak unik dan menjadi daya penarik kpd semua pengguna BB. KEDUA… menjadikan ia sebagai modem. Rasanya Android tak boleh buat lagi… TAK PASTI.

Jadi kali ini saya akan share bagaimana menjadikan BB sebagai MODEM pada Sistem Ubuntu 10.04 @ Ultimate Edition 2.7. Ada satu pakej/aplikasi yang perlu di’instal’ yang dinamakan Berry4All. Sebelum install Berry4All, sistem ubuntu perlu terlebih dahulu meng’instal’ pakej2 yg lain menggunakan arahan berikut:

sudo apt-get install python libusb-dev ppp python-usb python-wxgtk2.8

Kemudian pergi ke laman website ini utk ‘download’ Berry4All:

http://bitbucket.org/tcolar/berry4all/downloads

Fail yang perlu didownload bernama: bbtether-0.3p.zip. Selepas fail tersebut di download, maka fail tersebut perlu diUNZIP. Satu direktri bernama bbtether akan dihasilkan. Kemudian masuk ke dalam direktori bbtether tersebut dan ubah isi kandungan fail generic-chat di dalam direktori /conf. Di dalam fail tersebut ubah baris berikut (ubah perkataan yg diBOLD sahaja/klu guna celcom la..):

OK ‘AT+CGDCONT=1,”IP”,”celcom.net.my“‘

Setelah selesai ‘run’ fail bernama berry4all.sh menggunakan arahan berikut:

sudo ./berry4all.sh

Dan windows Berr4All akan keluar. Apabila window telah keluar maka Klik kpd File->Prefences -> Modem dan Pilih bahagian PPPD Config kepada generic.

Sekarang BB anda sudah bersedia utk memberikan perkhidmatan Internet dgn memilih Modem -> Connect. Walaaaaaaaaaaaaaaa…. Ubuntu anda sudah bersedia untuk melayari Internet.

SELAMAT MENCUBA………….. 🙂

PS: Post utk Blog ini menggunakan BB sebagai Modem.

Advertisements

18 thoughts on “Blackberry as MODEM for Ubuntu

  1. PERANGI RASUAH JIHAD KERAJAAN BERINTEGRITI – TPM
    Bernama
    05/05/2011 4:04pm

    KUALA LUMPUR 5 Mei – Memerangi rasuah adalah jihad paling utama setiap kerajaan yang berintegriti, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Beliau berkata, dalam konteks politik masa kini, tahap kebolehpercayaan institusi kerajaan di mata rakyat bergantung kepada sejauh mana pemerintah dan penjawat awam dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa.

    “Bagi sebuah sistem demokrasi yang berfungsi, tindak-tanduk pemerintah dan penjawat awam tidak pernah terlepas daripada pemerhatian masyarakat.

    “Betapa ramai kita lihat pemimpin dunia yang gugur dan kerajaan yang tersungkur dek terpalit amalan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya ketika menyampaikan Syarahan Perdana Integriti bertajuk ”Agenda Integriti Nasional” sempena sambutan ulang tahun ketujuh Pelan Integriti Nasional dan Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini hari ini.

    Muhyiddin berkata, usaha untuk memerangi rasuah secara menyeluruh seharusnya dibendung sehingga ke akar umbi dan tidak hanya tertumpu kepada pihak penguasa dan pemerintah semata-mata. – Bernama

  2. Hi,

    maaf, nak tanya sikit. Saya guna Ubuntu 11.04 dan BB9780, tapi bila saya buat connect, saya dapat error macam ini:
    Error: [Errno 11] Resource temporarily unavailable

    ribuan terima kasih kalua dapat solve problem ini.

  3. Hi,

    dah solve problem ni. Kena replace:
    connect “/usr/sbin/chat -f conf/claro-chat”
    with something like:
    connect “/usr/sbin/chat -f /home/john/bbtether/conf/claro-chat”

  4. Thank you Professor. Your post is really helpful, and I have been trying to do this tethering for a long time. Thank you very much.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s