HP: The “Linux” Desktop Company

Assalamualaikum semua,

Blog sebelum ini telah mepaparkan komen oleh Jim Zemlin tentang HP akan mengunakan “Linux” pada printer dan PC yang mereka keluarkan. Namun HP tidak akan mewar2kan bahawa mereka menggunakan “Linux” sebaliknya mereka akan mengunakan webOS. Mengikut kajian yang dibuat oleh pemerhati dan penggiat IT, isu UTAMA pengguna tidak mahu menggunakan “Linux” adalah kerana NAMA dan PERSEPSI mereka tentang “Linux” itu sendiri. Ye la, cuba bagitau pengguna M$ supaya guna “Linux”, mesti semua akan merasa GERUN pada nama tersebut. Ini adalah kerana PERSEPSI pengguna selama ini merasakan bahawa Linux ini sangat susah untuk digunakan.

Cuba lihat penerimaan Android dan Bada OS pada produk2 smartphone yang kian mendapat sambutan di US dan Europe. Tanpa disedari pengguna tidak ada masalah untuk menerima sistem tersebut malahan penjualan produk ini semakin laris dipasaran. Tahu kenapa? kerana produk tersebut tidak menyebut nama “Linux”……

Pada pendapat saya rata2 pengguna masih ‘phobia’ dengan perkataan “Linux” dan PERSEPSI mereka masih merasakan bahawa “Linux” hanya untuk GEEK IT… dan yang mempunyai kemahiran tinggi, sebab kena mahir menggunakan Command Line Interface (CLI). Walaupun usaha kita selama ini cuba menjelaskan bahawa “Linux” itu mudah sahaja.. sama macam M$.

Mulai saat ini strategi bagi semua ‘pejuang’2 “Linux” di luar sana, tak perlu sebut “Linux”, sebutlah Distro yang hendak diperkenalkan seperti Ubuntu, Debian, Mint, Fedora dan seterusnya. Cuba elak daripada menggunakan perkataan “Linux’.  Kata sahaja Free OS ka, OS Baru etc….  Sekali lagi jangan cuba mengagung-agungkan “Linux”…

Inilah pendekatan HP di dalam melariskan PC dan printer mereka tahun 2011 dengan menggunakan nama Ubuntu dan WebOS. Ye, walaupun sebelum ini syarikat besar seperti DELL telah menggunakan Linux di dalam PC mereka tetapi sambutan yang diterima agak tidak memberangsangkan namun mari kita sama2 saksikan usaha dan cubaan HP pada tahun ini menggunakan “Linux” pada PC dan printer mereka berhasil.

Apa yang saya boleh harapkan adalah kejayaan mereka di dalam mempopularkan “Linux” dikalangan pengguna PC di seluruh dunia. Mari sama2 menyokong usaha HP ini dengan menggalakkan syarikat anda membeli produk HP pada masa akan datang. Semoga GEEK Linux lepas ni boleh cari makan dengan memberi ‘servis’ kepada pengguna-pengguna sistem “Linux” ini.

Sekian sahaja buat kali ini. Untuk maklumat lanjut tentang HP dan “Linux” sila pergi ke pautan ini:

http://www.zdnet.com/blog/open-source/hp-the-linux-desktop-company/8423 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s