Linux Skills are Required..

Lama rasanya tidak menulis di dalam blog ini. Promosi GNU/Linux di UniMAP agak sukar dan semakin kurang di kalangan staf. Harapan tinggal kpd pelajar. Subjek spt Computer Network, C Programming, Real Time System menjadi sandaran sekurang2nya dpt meningkatkan pengetahuan pelajar menggunakan GNU/Linux.

Berdasarkan artikel ini, keperluan tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan tentang GNU/Linux kian meningkat. Harapan agar pelajar dpt memanfaatkan pengetahuan yg diajar di dalam kursus2 tersebut.

Ini link artikel tersebut:

http://www.itworld.com/open-source/134616/linux-skills-are-hot-improving-it-hiring-front

Selamat Membaca..

Advertisements

7 thoughts on “Linux Skills are Required..

  1. Cikgu ,
    dalam dunia sebenar.. payah kita nak kembangkan Linux kepada orang orang yang dah lama pakai Windows, sementalah lagi mereka yang berusia, nak study Windows pun satu hal.. tiba tiba ada pulak OS lain yang perlu mereka study..

    tapi harapan untuk orang muda masih lagi tinggi.. mereka adalah agen perubahan masa depan..seperti yang amber katakan dahulu, suka atau tidak.. target utama adalah orang muda yang mempunyai minat yang tinggi utk selongkar dan godek godek IT.. tak kira budak tersebut dari jurusan apa skali pun .

    • Itu la… sbb yg utama adalah mereka sudah biasa guna PIRATE SOFTWARE dan tidak rasa bersalah! Tapi masalahnya Geng TUA yang memegang tampok pemerintahan dan masih TEGAR dgn polisi CABOK mereka… Perlukah diGULINGkan spt yg berlaku di TUNISIA dan MESIR?

  2. saya setuju sgt dgn adi,

    kita kena fokuskan penggunaan Linux ni pada anak muda, tanpa mengira jurusan apa

    kadang2 budak kejuruteraan lebih hebat pengetahuannya tentang komputer berbandng budak komputer

    yang penting kita jgn mudah putus asa, memang sukar mengubah kejahilan orang yg cerdik

  3. Salam Dr
    Kampus lama(usm eng) dalam proses menubuhkan oss team. Mungkin dr boleh bantu?
    Boleh dr cerita ttg foss/oss kat Unimap? Adakah semua pentadbiran gunakan semuanya?

    • Salam Mr JOE… tahniah.. satu permulaan yg baik. FOSS di IPTA? satu usaha yg agak mencabar. Saya hanya berkuasa pada peringkat Pusat Pengajian sahaja. Antara polisi dan aktiviti yg dijalankan seperti berikut:
      1. Membentangkan kpd Pihak Pengurusan Tertinggi (NC, Dekan dan Ketua Jabatan) tentang FOSS.
      2. Melaksanakan Bengkel FOSS dan Pengurusan Sistem menggunakan GNU/Linux selama 2 hari kpd Juruteknik sebanyak 2 kali.
      3. Melaksanakan Bengkel FOSS dan Pengurusan Sistem menggunakan GNU/Linux 2 hari kpd Jurutera Pengajar/Tutor secara berperingkat (seminggu sekali selama setengah hari)
      4. Memperkenalkan Perisian Scilab (menggantikan MATLAB) kepada staf yang mengajar subjek Elektromagnetic, Signal dan Sistem, Communication System dan DSP.
      5. Membuat latihan penggunaan Scilab kepada staf yg berkenaan (latihan melalui org luar, kerana tiada kepakaran).
      6. Membuat polisi (bermula 2011) supaya semua laporan akhir projek tahun akhir menggunakan format Open Dcocument. (Jadi pelajar MESTI guna Open Office utk buat report)
      7. Melaksanakan FOSS Day dikalangan staf dan pelajar (sempat buat sekali sahaja).
      8. Membuat monthly meeting setiap bulan (bertahan selama 4 bulan sahaja) sbb tak ramai yg datang.
      9. Mewajibkan semua dokumen yang dihantar kpd saya menggunakan format ODF.
      10. Menulis surat kepada Pengarah ICT utk memastikan aplikasi Web ‘compatible’ dgn Firefox dan Google Chrome dan bukan hanya dgn IE sahaja.
      11. Mencadangkan agar semua dokumen/borang di UniMAP menggunakan 2 format iaitu format ODF dan .doc.
      12. Mewajibkan penggunaan GCC (di dalam GNU/Linux) utk subjek pengaturcaraan C.

      Ini saja setakat ini yg sempat saya ingat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s