Embedded Linux Conference (ELC) 2010 Cambridge UK – Day 2

Telah selesai persidangan ELC2010,

Hari ke-2 persidangan dimulakan dgn Keynote Speaker oleh Ralf Baechle yg bertajuk “Embedded Linux – The State of the Nation” – membincangkan isu pembangunan perisian menggunakan Open Source (disini mereka lebih gemar menggunakan terma Open Source daripada Free Software? tak tahu kenapa). Bagaimana Android menempah nama dan juga bagaimana projek2 Open Source yg lain ‘mati’ spt Moblin oleh Intel, MeeGo yang semakin kurang mendapat sambutan.

‘Presentation’ yang berikutnya adalah tentang kaedah membangunkan Crosstool. Crosstool adalah komponen2 perisian yang diperlukan bagi membangunkan perisian untuk Sistem Terbenam (Embeded System). Kaedah2 dan elemen yang diperlukan dibincangkan. Antaranya memilih library yang sesuai cth: glibc, UClibc dan Embedded libc. Penerangan tentang Narcissus untuk membangunkan ‘open embedded toolchains’ diterangkan secara ringkas. Pembentangan kali ini dibuat tanpa menggunakan ‘Slide Projector’. Nak tahu kenapa? ha ha ha…. projektor kena “KEBAS” (sila lihat gambar dibawah)… ada juga org putih ni kaki pencuri… dalam Hotel pulak tu… (mmg profesional).

Presentation yang paling menarik adalah tentang OpenBSC (open Base Station Controller). Ini adalah perisian untuk membina rangkaian GSM (ye… rangkaian telefon selular). Beliau telah membuat ujikaji rangkaian OpenBSC untuk 100 buat telefon bimbit di dalam kawasan penyelidikan beliau di France, Netherland, Sweden dll. Beliau mempunyai lesen untuk melaksanakan ujikaji tersebut. HEBAT!!!!

Mereka mampu membina sistem secanggih rangkaian GSM.. Di Malaysia.. tak ada sapa yang mampu.. setakat buat aplikasi server boleh.. itu pun guna Joomla, Moodle…. buat ‘customization’ sahaja.

KESIMPULAN

1. Teknologi IT semakin berkembang dan sentiasa berubah-ubah, tetapi FUNDAMENTALnya sama. Unix dibina pada 1970an dan kini Linux pula pada tahun 2010. Teknologi 40 tahun yang lalu masih relevan sehingga sekarang. Tapi sayangnya di Malaysia… sistem Unix dan lama berkubur menggantikan M$. Kesannya… tidak ada siapa yang mahir dan pakar menggunakan Unix (setakat guna utk jaga server sahaja!) dan secara khususnya GNU/Linux. Tahniah M$.. tahniah semua ahli akademik yang berpindah ke perisian M$.

2. Kemahiran Unix/Linux sangat berharga dan banyak perkara yang tidak diajar di IPTA/IPTS. Siapakah (di Malaysia la..) yang boleh ‘menyumbang’ dalam pembangunan Linux Kernel? Library? Nak guna Command Line pun… MALAS!!!! Wah… banyak benda nak kena belajar.

3. Jika nak talian Internet dan Rangkaian Telefon yang LAJU.. Malaysia kena mula membangunkan sistem sendiri seperti yang dibuat oleh Cina dgn produk ‘Huawei’nya. Kalau tak jgn harap nak lawan kelajuan yang negara maju ada sekarang ini… SEBAB kita beli dengan harga yang MAHAL drp mereka. Produk yang dibeli oleh Telekom adalah spt Ericson, Cisco dan sekarang nak murah beli Huawei tapi dokumentasi dan kualiti produk tak berapa mantap. Lagi 20 tahun pun belum tentu Malaysia boleh bangunkan produk rangkaian sendiri.

4. W/pun persidangan ini bukan spt persidangan AKADEMIK yang biasa dihadiri, tetapi ilmu yang diperolehi adalah yang TERKINI di pasaran, berbeza dgn persidangan AKADEMIK yang mana kebanyakan hasil kajian “TERKUBUR” selepas persidangan tersebut.

Akhir sekali, satu pengalaman yang sangat berharga w/pun kaedah pembentangan sesetengah pembentang itu tidak tersusun (ada juga yg nampak mcm menggigil).. tapi ilmu yang diperolehi sgt bermanfaat. Alhamdulillah nasib baik ada duit Sciencefund.. kalau tak, tak merasa la nak datang sini.

Sekian dulu buat kali ini… insyaAllah gambar2 lain akan dimuat-naik dlm FB. 😉

PS: Ni tengah Download UE 2.8… Internet di sini sgt2 laju…. dgn Kelajuan mencecah 700kByte/s (itu Byte bukan Bit…) itu baru guna Wi-Fi….

Advertisements

8 thoughts on “Embedded Linux Conference (ELC) 2010 Cambridge UK – Day 2

  1. Salam prof,

    UE dah ada versi baru ye…kena download ni….

    harap2 prof boleh jadi pelopor dalam menggalakkan pelajar terutama ipt supaya beralih dr m$ ke open software, bak kata prof dlm kursus aritu, bila ada kuasa baru boleh kita force supaya benda yg baik itu (open software) boleh dilaksanakan

    moga output dr seminar ini dpt kita sama2 kongsi

    tahniah

  2. memang speed di uk laju.. even di singapore diaorg 10mbps utk home user tu biase je… kat sini broadband 2mbps yg dikata laju tu buat kena gelak je dgn org korea. ni le masalah monopoli TM. broadband company lain kena guna wireless… dia org tak de infra wired. semua TM control

    • Tq Anonymous… tapi saya still rasa equpment mahal… Mcm kereta la… kereta Mercedes & Proton, mestila Mercedes baguih banding dgn Proton. Proton murah sbb buatan Malaysia.. Sbb tu ramai org mampu beli kereta. Isu monopoli pun mungkin salah satu sebab. Di Malaysia tak dak penasihat IT ka yg tengok benda ni? Oh lupa salah seorang Panel Penasihat IT di Malaysia ialah M$…

  3. Saya hampir pasti tahu kenapa dia orang guna term open source instead of free software. Dia nak bagi hint yang opensource perlu kepada “donation” daripada komuniti untuk terus hidup. Semua kena sedar bahawa proses pembangunan open source perlukan banyak perkara yang tidak free seperti bil elektrik, bil internet, domain & hosting parking dsb… Marilah kita sama2 sumbang balik kepada opensource developer setelah kita puas menggunakan produk mereka…

  4. Mungkin ada benarnya pendapat saudara. Tetapi bukan semua developer minta DONATION, ada yg buat kerana HOBI… Konsep OSS/FS bukan untuk menjual SOFTWARE, tetapi menjual servis. Mereka yg membangunkan OSS/FS mempunyia potensi utk bekerja dgn Syarikat2 yg besar dan juga menjadi Perunding. Saya juga setuju jika kita boleh berikan sumbangan kpd mereka. Terima KAsih di atas komen yg diberikan.

  5. Salam Prof,

    Internet terpantas telah pon berada di Perlis, di Kuala Perlis pulak tue…

    Yes.my speedtest up to 17Mbps.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s