GNU/Linux Workshop at UMT

Alhamdulillah, selesai bengkel GNU/Linux di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Terima kasih kepada pihak UMT, Jabatan Sains Komputer terutama kepada Prof. Md. Yazid Mohd Saman (http://staff.umt.edu.my/~yazid/mycv/) yang telah menjemput untuk mengendalikan bengkel ini.

Semua nampak macam yakin untuk menggunakan GNU/Linux (Ubuntu) di dalam pengajaran dan penyelidikan. Untuk kegunaan harian mungkin masih berfikir lagi agaknya. Yang pasti Prof Yazid akan bertukar daripada M$ ke Ubuntu. Malah beliau telah meng’instal’kan Ubuntu Remix ke dalam USB beliau dan lepas ni tak payah bawa Notebook kemana-mana sebab boleh guna USB Ubuntu Remix untuk kegunaan seharian & di mana sahaja.

Untuk makluman USB Ubuntu boleh ‘run’ Live Ubuntu tanpa menggangu sistem komputer yang digunakan. Cuma perlu masukkan USB Ubuntu  (dan boot melalui USB) dan mula menggunakan Komputer. Ada 3-4 orang juga yang sebenarnya telah mengikuti kursus Linux sebelum ini, maka mereka ini agak cepat memahami. Tak banyak “Command Line” yang diperkenalkan tetapi bengkel kali ini menekankan penggunaan GUI menggunakan GNOME. Masa banyak diluangkan untuk menunjukkan cara2 meng’install’ Aplikasi Server seperti SSH, FTP, Apache2 (web) dan kegunaan SSH untuk mengakses perisian pada sesuatu server. Selain itu juga ‘installation’ mengguna Synaptic Package Manager dan melalui ‘apt-get’ juga dilaksanakan. Sebagai tambahan, Webmin di’instal bagi menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan “package dependency”.

Sudah tentu pengalaman menggunakan SUDO menjadi suatu yang agak ganjil, tetapi lama kelamaan ianya menjadi sesuatu yang biasa. Selain itu  juga peserta yang hadir diberi pengenalan kepada penagaturcaraan menggunakan GCC dan ECLIPSE. So lepas ni tak payah susah2 guna Visual Studio atau pun Visual Basic sbb GCC dan ECLIPSE sudah sangat memadai dan GNU/Linux OS dan perisian Free Software yang lain menggunakan GCC dan ECLIPSE secara meluas.

InsyaAllah mudah2an segala ilmu yang diajar akan dimanfaatkan oleh semua staf yang hadir dan dapat disebarkan kepada pelajar2 bagi menggalakkan minat mereka di dalam bidang IT ini. Come and use Ubuntu, it is READY for DESKTOP…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s