Free Software – Changing Mindset

Apabila bercakap tentang Perisian Bebas (Free Software (FS)), ada juga yang mengenalinya dengan sebagai Open Source (Sumber Terbuka (OSS), pelbagai reaksi dari semua dan kebanyakannya hanya memandang dengan sebelah mata sahaja. Kenapa perlu PERUBAHAN? tak ada masalah pun dalam penggunaan perisian selama ini. Em.. apabila ingin diutarakan tentang perkara ini, seolah2 tidak ada kepentingan yang mendesak untuk berubah. Itulah sikap dan mentaliti sesetengah manusia yang apabila sikap keterbukaan tersebut tidak ada.

Malah apabila diketengahkan tentang perkara ini, rata-ratanya tidak berminat. Ahh.. ini tak penting.. kenapa perlu bertukar.. susah la.. dan macam-macam lagi alasan apabila perkara ini diketengahkan.

Aduh.. knp la susah sangat!! kadang2 rasa… apa la perlu sangat nak ketengahkan perkara ini.. mungkin orang ingat nak publisiti murahan/nak jadi popular ke.. Ish.. kalau ikutkan  LANTAK je la… biar la.. yang masih nak guna PERISIAN CETAK ROMPAK ke atau nak BELI (walaupun yg FREE ada)..

Memang FRUST juga la sikit.. tapi apa nak buat… ye la.. sokongan masih tidak kuat untuk melaksanakan polisi ini.

Memang susah nak berubah (Changing Mindset) dikalangan manusia ni.. sebab itu la realitinya.. Malas nak ambil tahu perkara2 yang boleh dimanfaatkan.

Tak putus asa… cuma ada sedikit FRUST! Alhamdulillah baru2 ini mendapat lawatan dari Pengarah ICT Jabatan Pendidikan Perlis telah bersetuju melaksanakan 3 program latihan GNU/Linux untuk sekolah2 di sekitar Perlis dengan kerjasama Sek. Keb. Sena, Perlis.

InsyaAllah, dengan inisiatif ini (yang dimulakan diperingkat sekolah), MINDSET anak2 muda ini akan dapat dimanfaatkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s