UniMAP FOSS Community (UFC) Meeting (February 2010)

Alhamdulillah, UFC ke-2 telah berjalan dengan lancar (Cek Mat belanja air kotak!!.. TQ Cek Mat). Lebih kurang 20 org yang hadir. Secara umum semua nampak macam faham je.

2 jenis aplikasi “server” telah berjaya di”instal” dan didemokan kpd semua yang hadir. Aplikasi tersebut ialah FTP dan SSH. Lepas ni “sure” lebih banyak “server” di UniMAP dan di setiap Pusat Pengajian.

Disentuh juga tentang apa itu FOSS, kerana ada beberapa ahli baru yang datang. Yang berjaya (rasanya la) adalah mesej tentang penggunan perisian “pirate” secara berleluasa dan tidak beretika di kalangan pelajar (dan staf!). Semua terdiam.. mungkin terasa.. tapi itu adalah hakikat.. Penggunan perisian “Pirate” adalah HARAM di sisi agama.. dan ganjaran DOSA juga akan diterima apabila menggalakkan orang lain melakukannya.

Bila cakap pasal ni.. semua yang hadir.. diam jee…. tapi tak pe.. pintu taubat masih terbuka. Oleh itu BERUBAH lah daripada sekarang… semoga dengan menggunakan perisian yang HALAL, semua perkara yang kita lakukan ada BAROKAHnye…..

Waktu mengajar pemasangan perisian aplikasi “server”, nak tidak kena ajar sedikit COMMAND LINE. Antara yang diajar adalah “command” cp dan ssh. Banyak lagi “command” yang berguna dan memudahkan kerja2 seharian. Selain itu juga, konsep sistem fail di dalam GNU/Linux juga diperkenalkan.. sbb ada yang tak tahu kat mana nak simpan fail… (directory C: , D: dan F: tak jumpa……….).

Oleh itu bulan depan UFC akan memperkenalkan beberapa “command2” yang penting untuk menjadi “System Administrator” yang cekap dan berkesan.

Akhir sekali, dimaklumkan kepada semua yang hadir untuk melihat Dokumentari tentang FOSS di dalam Utube yang bertajuk REVOLUTION OS.

Sekian, jumpa lagi insyaAllah di bulan hadapan. 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s