FOSS in Research – Part II

FOSS & PENYELIDIKAN

Perkara yang ingin dibincangkan di sini adalah bagaimana konsep dan penggunaan FOSS ini dapat dimanfaatkan oleh penyelidik-penyelidik di negara membangun seperti Malaysia. Tidak dapat dinafikan, penyelidik-penyelidik di Malaysia kreatif dan gigih. Ini dapat dilihat pada penghasilan produk-produk penyelidikan yang dipamerkan di pameran-pameran di dalam negara seperti ITEX, MTE serta pameran di luar negara seperti BIS, Nuremberg, INSPEX dan sebagainya. Kebanyakan produk yang dihasilkan adalah menggunakan perisian yang berlesen. Secara ringkas penyelidikan bergantung kepada perisian yang mahal. Ini menyebabkan pengkormesilan produk-produk penyelidikan terbantut kerana kos membangunkan produk menggunakan perisian berlesen adalah tinggi. Berbeza dengan negara-negara maju di US seperti MIT dan University of Berkeley. Mereka telah lama menjalankan penyelidikan menggunakan FOSS ini. Antara produk penyelidikan yang berkonsepkan FOSS yang sehingga kini masih digunakan adalah protokol Internet TCP/IP dan Berkeley SPICE (Simulation Program with Integrated Circuit Emphasis) yang relevan dan digunakan bagi menghasilkan produk-produk baru.

Di Malaysia, penggunaan FOSS di peringkat aplikasi pelayan (server) memang telah lama digunakan. Kini, semakin banyak aplikasi FOSS diimplementasikan dan dibangunkan. Antara sistem tersebut adalah seperti Moodle untuk E-Learning, Apache untuk pelayan web, Zimbra untuk pelayan emel dan semua sistem ini menggunakan sistem pengoperasian (operating system (OS) yang digeruni oleh kebanyakan pengguna komputer) GNU/Linux. Walau bagaimanapun, penggunaan FOSS dalam pembangunan produk-produk berasaskan elektronik masih rendah di kalangan penyelidik-penyelidik di Malaysia dan ini perlu dipertingkatkan segera bagi memajukan industri ICT di Malaysia.

Di UniMAP, Kluster Pengkomputeran Terbenam (Embedded Computing) telah mengorak langkah sejak tahun 2005 melalui penggunaan FOSS di dalam penyelidikannya seperti Linux kernel, GNU Compiler Collection (GCC) untuk pembangunan perisian untuk sistem terbenam (Embedded System), GNU Electronic Design Automation (gEDA) untuk merekabentuk litar elektronik, OMNeT++ dan NS2 untuk memodelkan rangkaian komputer & sistem teragih dan Scilab untuk pengiraan berangka. Melalui penggunaan FOSS ini, penyelidikan tidak lagi terlalu bergantung kepada perisian berlesen yang menghadkan penggunaan dan secara tidak langsung membantutkan kemajuan penyelidikan pada masa hadapan.

Penyelidikan-penyelidikan yang dibangunkan dan dijalankan adalah berasaskan penggunaan sistem pengoperasian (OS) GNU/Linux, antaranya “Wireless Data Acquisition System”, “Smart Camera”, “Intrusion Detection System (IDS)”, “Parallel Computing System”, “Optimization of Embedded OS”, “Real Time OS” dan Permodelan “Wireless Sensor Network” menggunakan OMNeT++. Baru-baru ini produk penyelidikan “Optimization of Embedded OS” telah memenangi kategori istimewa iaitu 2 EMAS BERGANDA bagi kategori Industri dan Rekabentuk di British Invention Show (BIS) 2009 di UK.

Walaupun pelbagai produk penyelidikan yang dihasilkan selama 4 tahun ini, namun penambahbaikan perlu dibuat untuk membolehkan ia dikomersilkan. Antara halangan di dalam melaksanakan penyelidikan menggunakan FOSS ini adalah tenaga penyelidik. Penyelidik yang mempunyai kemahiran menggunakan FOSS sukar diperolehi dan ini melambatkan pelaksanaan penyelidikan.

— end of part II —-

Advertisements

2 thoughts on “FOSS in Research – Part II

  1. Salam Bud.
    Tahun ni kau tak hantar produk untuk pertandingan ke? Tahun lepas dapat emas berganda. Tahun ni mungkin berlipat ganda lagi emas kau tu kot?
    Hehe.

    • Salamualaikum, InsyaAllah kalau ada rezeki aku hantar la… tapi tahun ni.. bajet kurang sikit.. so UniMAP akan tapis produk2 betul2 supaya boleh dibawa ke pertandingan antarabangsa. So produk yang menang Gold di ITEX, MTE dan PECIPTA akan disaring kali kedua sebelum dihantar utk ke Luar Negara…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s