35% of Staffs are using GNU/Linux

Hari ini (20/8/2010).. satu ‘survey’ telah dijalankan dan didapati peratus staf di Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan menggunakan Sistem Operasi GNU/Linux adalah 35%. Kebanyakannya menggunakan Ubuntu dan beberapa lagi yang guna Fedora dan Mandriva. Tahun ini mencapai ‘target’ yang telah saya tetapkan sendiri.

Untuk tahun depan (2011) saya  ‘target’ 70%. Lets hope & pray and of course more efforts… :)

GNU/Linux Training for Teachers & IT Techs

Salam semua,

Buat pertama kalinya Latihan GNU/Linux diadakan pada 24-25, 26-27hb Mei dan 1-2hb Jun 2010 diadakan. Latihan ini adalah anjuran bersama UniMAP, S.Keb Sena Perlis dan Jabatan Pelajaran Perlis (JPP). Peserta seramai ~150 orang (50 orang setiap sesi) dijangkan hadir. Pengarah ICT JPP iaitu encik kadri nampaknay bersungguh2 untuk memastikan sistem GNU/Linux digunakan di sekolah-sekolah Perlis. Alhamdulillah dengan perancangan yang teliti dan terancang usaha encik kadri akan berjaya. Latihan ini juga dibantu oleh Cikgu Firdaus, Dr Ong Bi Lynn, Cik Hasneeza dan En Fairuz.

Peserta terdiri daripada guru-guru, pegawai IT dan juruteknik. “Distribution” Ubuntu Ultimate Edition 2.5 digunakan kali ini. Masalah yang dihadapi adalah masa yang agak lama untuk “install” sistem ini. Tetapi berbalaoi kerana semua perisian (packages) dipasang ke dalam sistem tersebut, jadi tidak perlu menambah apa2 perisian yag lain lagi.

Rata2 semua nampak macam OK, terutama apabila mengkonfigurasi 3D effect menggunakan “Compiz”. Selain itu juga pemasangan “server” seperti FTP dan Apache, menarik minat semua peserta. Cuma kelemahan melaksanakan arahan di menggunakan “Command”, menyebabkan sukar untuk peserta mengikuti langkah2 mengkonfigurasi pelayan tersebut. Apa2 pun, konsep tentang pelayan dapat difahami semua.

So tinggal lagi satu sesi sahaja lagi pada 1-2 Jun (esok) untuk bengkel yang terbesar setakat ini diadakan. InsyaAllah pada 10-11 Jun juga bengkel yang sama diadakan untuk PLV di PPKKP.

InsyaAllah, Perlis akan menjadi negeri pertama melaksanakan penggunaan sistem GNU/Linux secara meluas di peringkat sekolah, dan yang pentingnya pelajar di peringkat sekolah telah didedahkan dengan sistem BEBAS ini dan mengelakkan mereka menggunakan perisian cetak rompak yang tidak bermoral.

Sekian coretan kali ini, insyaAllah berjumpa lagi.. :)

Link: Tentang Latihan GNU/Linux yang diadakan http://www.omaq.org/v3/2010/06/02/kursus-ubuntu-gnulinux-unimap/

UniMAP FOSS Community (UFC) Meeting (February 2010)

Alhamdulillah, UFC ke-2 telah berjalan dengan lancar (Cek Mat belanja air kotak!!.. TQ Cek Mat). Lebih kurang 20 org yang hadir. Secara umum semua nampak macam faham je.

2 jenis aplikasi “server” telah berjaya di”instal” dan didemokan kpd semua yang hadir. Aplikasi tersebut ialah FTP dan SSH. Lepas ni “sure” lebih banyak “server” di UniMAP dan di setiap Pusat Pengajian.

Disentuh juga tentang apa itu FOSS, kerana ada beberapa ahli baru yang datang. Yang berjaya (rasanya la) adalah mesej tentang penggunan perisian “pirate” secara berleluasa dan tidak beretika di kalangan pelajar (dan staf!). Semua terdiam.. mungkin terasa.. tapi itu adalah hakikat.. Penggunan perisian “Pirate” adalah HARAM di sisi agama.. dan ganjaran DOSA juga akan diterima apabila menggalakkan orang lain melakukannya.

Bila cakap pasal ni.. semua yang hadir.. diam jee…. tapi tak pe.. pintu taubat masih terbuka. Oleh itu BERUBAH lah daripada sekarang… semoga dengan menggunakan perisian yang HALAL, semua perkara yang kita lakukan ada BAROKAHnye…..

Waktu mengajar pemasangan perisian aplikasi “server”, nak tidak kena ajar sedikit COMMAND LINE. Antara yang diajar adalah “command” cp dan ssh. Banyak lagi “command” yang berguna dan memudahkan kerja2 seharian. Selain itu juga, konsep sistem fail di dalam GNU/Linux juga diperkenalkan.. sbb ada yang tak tahu kat mana nak simpan fail… (directory C: , D: dan F: tak jumpa……….).

Oleh itu bulan depan UFC akan memperkenalkan beberapa “command2″ yang penting untuk menjadi “System Administrator” yang cekap dan berkesan.

Akhir sekali, dimaklumkan kepada semua yang hadir untuk melihat Dokumentari tentang FOSS di dalam Utube yang bertajuk REVOLUTION OS.

Sekian, jumpa lagi insyaAllah di bulan hadapan. ;)

FOSS in Research – Part II

FOSS & PENYELIDIKAN

Perkara yang ingin dibincangkan di sini adalah bagaimana konsep dan penggunaan FOSS ini dapat dimanfaatkan oleh penyelidik-penyelidik di negara membangun seperti Malaysia. Tidak dapat dinafikan, penyelidik-penyelidik di Malaysia kreatif dan gigih. Ini dapat dilihat pada penghasilan produk-produk penyelidikan yang dipamerkan di pameran-pameran di dalam negara seperti ITEX, MTE serta pameran di luar negara seperti BIS, Nuremberg, INSPEX dan sebagainya. Kebanyakan produk yang dihasilkan adalah menggunakan perisian yang berlesen. Secara ringkas penyelidikan bergantung kepada perisian yang mahal. Ini menyebabkan pengkormesilan produk-produk penyelidikan terbantut kerana kos membangunkan produk menggunakan perisian berlesen adalah tinggi. Berbeza dengan negara-negara maju di US seperti MIT dan University of Berkeley. Mereka telah lama menjalankan penyelidikan menggunakan FOSS ini. Antara produk penyelidikan yang berkonsepkan FOSS yang sehingga kini masih digunakan adalah protokol Internet TCP/IP dan Berkeley SPICE (Simulation Program with Integrated Circuit Emphasis) yang relevan dan digunakan bagi menghasilkan produk-produk baru.

Di Malaysia, penggunaan FOSS di peringkat aplikasi pelayan (server) memang telah lama digunakan. Kini, semakin banyak aplikasi FOSS diimplementasikan dan dibangunkan. Antara sistem tersebut adalah seperti Moodle untuk E-Learning, Apache untuk pelayan web, Zimbra untuk pelayan emel dan semua sistem ini menggunakan sistem pengoperasian (operating system (OS) yang digeruni oleh kebanyakan pengguna komputer) GNU/Linux. Walau bagaimanapun, penggunaan FOSS dalam pembangunan produk-produk berasaskan elektronik masih rendah di kalangan penyelidik-penyelidik di Malaysia dan ini perlu dipertingkatkan segera bagi memajukan industri ICT di Malaysia.

Di UniMAP, Kluster Pengkomputeran Terbenam (Embedded Computing) telah mengorak langkah sejak tahun 2005 melalui penggunaan FOSS di dalam penyelidikannya seperti Linux kernel, GNU Compiler Collection (GCC) untuk pembangunan perisian untuk sistem terbenam (Embedded System), GNU Electronic Design Automation (gEDA) untuk merekabentuk litar elektronik, OMNeT++ dan NS2 untuk memodelkan rangkaian komputer & sistem teragih dan Scilab untuk pengiraan berangka. Melalui penggunaan FOSS ini, penyelidikan tidak lagi terlalu bergantung kepada perisian berlesen yang menghadkan penggunaan dan secara tidak langsung membantutkan kemajuan penyelidikan pada masa hadapan.

Penyelidikan-penyelidikan yang dibangunkan dan dijalankan adalah berasaskan penggunaan sistem pengoperasian (OS) GNU/Linux, antaranya “Wireless Data Acquisition System”, “Smart Camera”, “Intrusion Detection System (IDS)”, “Parallel Computing System”, “Optimization of Embedded OS”, “Real Time OS” dan Permodelan “Wireless Sensor Network” menggunakan OMNeT++. Baru-baru ini produk penyelidikan “Optimization of Embedded OS” telah memenangi kategori istimewa iaitu 2 EMAS BERGANDA bagi kategori Industri dan Rekabentuk di British Invention Show (BIS) 2009 di UK.

Walaupun pelbagai produk penyelidikan yang dihasilkan selama 4 tahun ini, namun penambahbaikan perlu dibuat untuk membolehkan ia dikomersilkan. Antara halangan di dalam melaksanakan penyelidikan menggunakan FOSS ini adalah tenaga penyelidik. Penyelidik yang mempunyai kemahiran menggunakan FOSS sukar diperolehi dan ini melambatkan pelaksanaan penyelidikan.

– end of part II —-

UniMAP FOSS Community (UFC) Meeting

Tanggal 22 hb Januari 2010, UniMAP telah mencipta sejarah dgn mengadakan UFC yg pertama kalinye. Seramai 10 org telah menghadiri perjumpaan tersebut, kira Ok la tu..

So dlm perjumpaan pertama, penerangan selama 45minit ttg FOSS dilakukan. Harapan agar semua yg hadir memahami apa itu FOSS, kebaikan dan kenapa perlu menggunakan FOSS. Selain itu demo menggunakan perisian gshem dan pcb juga ditunjukkan. Sofwer tersebut adalah sofwer untuk melukis skematik diagram elektronik dan juga utk membuat PCB. So agak menarik dan ramai juga yg ingin mencubanya nanti. Selain itu DEMO bagaimana program gschem dan pcb dapat diakses daripada mana2 PC dlm lab tersebut melalui program ssh. Dengan kaedah itu sofwer gschem dan pcb hanya perlu di’install’ pada 1 PC sahaja.. dan pengguna lain boleh mengakses sofwer tersebut dari mana2 PC di dalam rangkaian yg sama. Kaedah ini memudahkan penggunaan sofwer dan juga memudahkan juruteknik menyelenggara.

Nampak semua mcm faham je.. Tetapi yang penting salah seorang yang hadir itu telah berjaya di’LINUX’kan.. beliau telah berjaya meng’instal’ Ubuntu dlm Notebook beliau. So harapan saya semoga beliau mencuba menggunakan Ubuntu.. dan jika tak faham dan ada masalah.. boleh berjumpa sewaktu UFC yg kali kedua nanti pada bulan depan.

Erm… tgh pening apa nak buat dlm UFC akan datang?? Kalau sapa2 ada komen atau cadangan boleh la bagitau…

Sekian dulu.

UniMAP Free/Open Source Software Community (UFC)

Alhamdulillah…

Akhirnya dpt juga aku fokus utk buat UniMAP Free/Open Source Software (UFC) monthly meeting. Bukan apa susah betul nak set masa yang sesuai. Baru semalam PA aku buat announcement kat postmaster UniMAP. UFC buat julung2 kalinya akan diadakan pada 22hb Januari pada Jam 9AM di MKR3. Suspen juga… harap2 ada la org yang datang.. kalau tak mungkin kena WAJIBkan staf PPKKP datang.

Apa-apa pun perjuangan ini ikhlas tidak harap ganjaran dunia, harap ganjaran akhirat je.. sbb sapa2 yang mengajarkan ilmu kpd seseorang maka pahala selagi ilmu itu digunakan akan dapat kepada yang menggunakan dan yang mengajarnya.

So meeting ni simple je.. kita akan open discusion apa2 yang ingin diketahui.. so subjek memang besar la.. tapi saya akan cuba jawab segala persoalan yang ditanya. Meeting ni diadakan di Makmal Komputer PPKKP so sapa2 yang rasa nak install Ubuntu… sila lah hadir.. ada fasilitator yang akan membantu.

Meeting ini juga akan berkongsi maklumat tentang sofwer2 yang bermanfaat dan utk menggantikan sofwer2 HARAM yang digunakan oleh terutama pelajar2. Staf tak apa sbb KPT dah sign agreement dgn Microsoft sebanyak

RMXXXXXX Juta………..

So kebanyakan sofwer Microsoft di IPTA mmg HALAL… cuma kesian kat student terpaksa buat kerja HARAM (guna sofwer pirate.. sbb kadang2 pensyarah juga yang suruh!!!)

So sapa2 yang berminat boleh la hadir ke UFC Meeting ni… ingat!!! 22hb Jan, Jam 9Am di MKR3. Berjumpa di sana………….. :)

Open Hardware – Use gEDA not Pirated OrCAD

Hari ni nak bagitau tentang OPEN HARDWARE.. selama ni saya asyik bercakap tentang open source/free software. Open hardware ni macam open source jugak la.. org2 ni setelah merekabentuk (design) hardware ni.. depa sgt bermurah hati untuk mendedahkan design2 mereka. Bukan macam kebanyakan orang.. design basic amplifier pun dah kedekut litar.. simpan.. walhal ambil drp Internet je…. Itula lumrah org yang kurang ilmu dan kurang iman. Sepatutnya lebih banyak kita SHARE lebih besar manfaat dan pahalanya. So sapa2 yg buat sijil, diploma, degree, MSc atau PhD sekali pun boleh mendapat faedah drp Geng2 OPEN HARDWARE ni.. Macam2 litar2 yang ish.. canggih jugak la yang ada.. projek2 tersebut ada disertakan litar skematik, PCB dan semua senarai komponen yang digunakan.

Weh.. walau pun semua tu diberi.. tapi belum tentu berfungsi lagi..(bukan salah design tapi kita ynag t ak mahir….) Dulu masa jadi pensyarah di USM, ada seorang lecturer senior bagitau yag dia tak kisah pelajar2 ni ambil litar2 dari Internet (kalau ambil pun bukan lecturer tau pun… :) ) utk buat projek.. sbb walaupun ambil litar dari Internet.. belum tentu litar tu berfungsi apatah lagi nak terangkan operasi litar dlm disertasi. Kebanyakan projek2 open hardware ni menggunakan OPEN SOFTWARE tool (cth gEDA). Oleh itu kpd Juruteknik dan Jurutera yang giat dalam mererabentuk projek2 elektronik, sila layari web site gEDA yang menyenaraikan pelbagai projek2dari buat robot sampai ke IP Phone…

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi sila ke laman web ini untuk maklumat lanjut… http://en.wikipedia.org/wiki/Open_hardware

Linux – 2 Days Training

Ada sapa2 nak panggil utk buat training.. bole hubungi saya. Kos tak mahal 1 jam RM200 (boleh berunding lagi.. kalau betul2 berminat) + kos travel + kos penginapan.

Kalau nak tahu maklumat lanjut tentang kursus ni sila ke…

http://publicweb.unimap.edu.my/~badli/flyers_linux_v2.pdf

Setakat ni dah buat di UTHM (2004), utk staf Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) UniMAP, Juruteknik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan UniMAP, Kelab Pelajar-pelajar Komputer & Perhubungan UniMAP dan terkini di Fakulti Elektrik & Elektronik Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 9-10 Disember 2009. ;)