GNU/Linux Training for Teachers & IT Techs

Salam semua,

Buat pertama kalinya Latihan GNU/Linux diadakan pada 24-25, 26-27hb Mei dan 1-2hb Jun 2010 diadakan. Latihan ini adalah anjuran bersama UniMAP, S.Keb Sena Perlis dan Jabatan Pelajaran Perlis (JPP). Peserta seramai ~150 orang (50 orang setiap sesi) dijangkan hadir. Pengarah ICT JPP iaitu encik kadri nampaknay bersungguh2 untuk memastikan sistem GNU/Linux digunakan di sekolah-sekolah Perlis. Alhamdulillah dengan perancangan yang teliti dan terancang usaha encik kadri akan berjaya. Latihan ini juga dibantu oleh Cikgu Firdaus, Dr Ong Bi Lynn, Cik Hasneeza dan En Fairuz.

Peserta terdiri daripada guru-guru, pegawai IT dan juruteknik. “Distribution” Ubuntu Ultimate Edition 2.5 digunakan kali ini. Masalah yang dihadapi adalah masa yang agak lama untuk “install” sistem ini. Tetapi berbalaoi kerana semua perisian (packages) dipasang ke dalam sistem tersebut, jadi tidak perlu menambah apa2 perisian yag lain lagi.

Rata2 semua nampak macam OK, terutama apabila mengkonfigurasi 3D effect menggunakan “Compiz”. Selain itu juga pemasangan “server” seperti FTP dan Apache, menarik minat semua peserta. Cuma kelemahan melaksanakan arahan di menggunakan “Command”, menyebabkan sukar untuk peserta mengikuti langkah2 mengkonfigurasi pelayan tersebut. Apa2 pun, konsep tentang pelayan dapat difahami semua.

So tinggal lagi satu sesi sahaja lagi pada 1-2 Jun (esok) untuk bengkel yang terbesar setakat ini diadakan. InsyaAllah pada 10-11 Jun juga bengkel yang sama diadakan untuk PLV di PPKKP.

InsyaAllah, Perlis akan menjadi negeri pertama melaksanakan penggunaan sistem GNU/Linux secara meluas di peringkat sekolah, dan yang pentingnya pelajar di peringkat sekolah telah didedahkan dengan sistem BEBAS ini dan mengelakkan mereka menggunakan perisian cetak rompak yang tidak bermoral.

Sekian coretan kali ini, insyaAllah berjumpa lagi.. :)

Link: Tentang Latihan GNU/Linux yang diadakan http://www.omaq.org/v3/2010/06/02/kursus-ubuntu-gnulinux-unimap/

UniMAP FOSS Community (UFC) Meeting (February 2010)

Untuk tidak menggalakkan penggunaan perisian TIDAK SAH dan menggalakkan penggunaan perisian BEBAS di UniMAP, satu perjumpaan dalam sekitar 2-3 jam akan diadakan. Aktiviti yang akan diadakan adalah seperti pembentangan dan perbincangan terbuka tentang FOSS, cara penggunaan dan memperkenalkan perisian yang boleh digunakan di dalam pembelajaran dan penyelidikan dan apa jua perkara yang berkaitan dengan penggunaan FOSS.

Semua staf dan pelajar (baru nak tahu atau pengguna yang mahir) adalah dijemput untuk berkongi pengalaman tentang FOSS. Perjumpaan tersebut akan diadakan di makmal MKR3 di Seberang Ramai pada 11 Februari 2010, 9.00AM.  Semua yang hadir digalakkan membawa laptop masing2 (jika perlu). Fasilitator perjumpaan ini ialah Profesor Madya Dr. R. Badlishah Ahmad.

——————————————————————————–

To discourage the use of pirated software and encouraging the use of Free/Open Source Software (FOSS) in UniMAP, a monthly meeting for about 2-3 hours will be held. The activities include presentations and open discusion of advantages, future of FOSS, usefull softwares for teaching and research and anything regarding the usage of FOSS.

All UniMAP staffs and students (beginners or advanced, even if you just want to know about FOSS) are welcome to share their experience in using FOSS. The meeting will be conducted in MKR3 laboratory in Seberang Ramai at 11th February 2010, 9 am. All participants are encouraged to bring their own laptop (if necessary). Assoc. Professor Dr R. Badlishah Ahmad will facilitate the meeting.

Topic of this month: “Setting up servers applications such as SSH, FTP,  Web Server, Webmin etc..”

Jumpa anda di sana!! :)

UniMAP FOSS Community (UFC) Meeting

Tanggal 22 hb Januari 2010, UniMAP telah mencipta sejarah dgn mengadakan UFC yg pertama kalinye. Seramai 10 org telah menghadiri perjumpaan tersebut, kira Ok la tu..

So dlm perjumpaan pertama, penerangan selama 45minit ttg FOSS dilakukan. Harapan agar semua yg hadir memahami apa itu FOSS, kebaikan dan kenapa perlu menggunakan FOSS. Selain itu demo menggunakan perisian gshem dan pcb juga ditunjukkan. Sofwer tersebut adalah sofwer untuk melukis skematik diagram elektronik dan juga utk membuat PCB. So agak menarik dan ramai juga yg ingin mencubanya nanti. Selain itu DEMO bagaimana program gschem dan pcb dapat diakses daripada mana2 PC dlm lab tersebut melalui program ssh. Dengan kaedah itu sofwer gschem dan pcb hanya perlu di’install’ pada 1 PC sahaja.. dan pengguna lain boleh mengakses sofwer tersebut dari mana2 PC di dalam rangkaian yg sama. Kaedah ini memudahkan penggunaan sofwer dan juga memudahkan juruteknik menyelenggara.

Nampak semua mcm faham je.. Tetapi yang penting salah seorang yang hadir itu telah berjaya di’LINUX’kan.. beliau telah berjaya meng’instal’ Ubuntu dlm Notebook beliau. So harapan saya semoga beliau mencuba menggunakan Ubuntu.. dan jika tak faham dan ada masalah.. boleh berjumpa sewaktu UFC yg kali kedua nanti pada bulan depan.

Erm… tgh pening apa nak buat dlm UFC akan datang?? Kalau sapa2 ada komen atau cadangan boleh la bagitau…

Sekian dulu.