35% of Staffs are using GNU/Linux

Hari ini (20/8/2010).. satu ‘survey’ telah dijalankan dan didapati peratus staf di Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan menggunakan Sistem Operasi GNU/Linux adalah 35%. Kebanyakannya menggunakan Ubuntu dan beberapa lagi yang guna Fedora dan Mandriva. Tahun ini mencapai ‘target’ yang telah saya tetapkan sendiri.

Untuk tahun depan (2011) saya  ‘target’ 70%. Lets hope & pray and of course more efforts… :)

No COMPIZ on HP Mini 2140 or Sony Vaio Netbook

Salam semua,

Netbook HP  mini 2140 saya kembali dgn Ubuntu 10.04. Ingatkan nak install semula 9.04, tapi bila update dan enable compiz, skrin jadi “blank”. Semalam dah selamat install Ubuntu 10.04 semula. Walaupun tak boleh nak pusing2 desktop tapi ataupun nak guna pdfcube, tapi alhamdulillah 3D presentation boleh guna openoffice openGL (install melalui Synaptic Package Manager.. easy PC).. dan utk mencanteekkan Desktop, boleh guna Avant Manager… fuh.. memang menarik dan tertarik… compiz tak ada pun tak apa..

Sekian selamat mencuba…

Ubuntu 10.04 on HP Mini 2140

Salam semua,

2 minggu lepas punya la semagat install 10.04 ke dalam HP Mini 2140.. tetapi malang.. Desktop effect HAMPEH!!!!!…  especially pdfcube dan 3D games tidak memuaskan.. ada beberapa program yang tak berfungsi dengan betul antaranya.. Startup Disc Creator, Gparted tak boleh nak fomat USB!!! Nasib baik ingat utk guna USB Image Writer… So hari ni.. nak install balik OPERA dan backup emel yang lama. W/pun.. utk notebook yang baru..spt SONY Vaio tak boleh gunamesti guna Ubuntu 10.04.. tapi masalahnya tak Compiz tak berfungsi. Rasanya masalh pada Graphic Card.. Intel guna chipset yg baru iaitu N70, berbanding dgn yg sebelum ini guna chipset i7xx, i8xx dan i9xx. Mungkin driver yg ada tak berapa mantap lagi… Erm… terpaksa guna Ubuntu 9.04 la nampaknya… Tak pe nanti tahun depan atau 2 tahun lagi.. beli Netbook yang baru….

:)

GNU/Linux Workshop at UMT

Alhamdulillah, selesai bengkel GNU/Linux di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Terima kasih kepada pihak UMT, Jabatan Sains Komputer terutama kepada Prof. Md. Yazid Mohd Saman (http://staff.umt.edu.my/~yazid/mycv/) yang telah menjemput untuk mengendalikan bengkel ini.

Semua nampak macam yakin untuk menggunakan GNU/Linux (Ubuntu) di dalam pengajaran dan penyelidikan. Untuk kegunaan harian mungkin masih berfikir lagi agaknya. Yang pasti Prof Yazid akan bertukar daripada M$ ke Ubuntu. Malah beliau telah meng’instal’kan Ubuntu Remix ke dalam USB beliau dan lepas ni tak payah bawa Notebook kemana-mana sebab boleh guna USB Ubuntu Remix untuk kegunaan seharian & di mana sahaja.

Untuk makluman USB Ubuntu boleh ‘run’ Live Ubuntu tanpa menggangu sistem komputer yang digunakan. Cuma perlu masukkan USB Ubuntu  (dan boot melalui USB) dan mula menggunakan Komputer. Ada 3-4 orang juga yang sebenarnya telah mengikuti kursus Linux sebelum ini, maka mereka ini agak cepat memahami. Tak banyak “Command Line” yang diperkenalkan tetapi bengkel kali ini menekankan penggunaan GUI menggunakan GNOME. Masa banyak diluangkan untuk menunjukkan cara2 meng’install’ Aplikasi Server seperti SSH, FTP, Apache2 (web) dan kegunaan SSH untuk mengakses perisian pada sesuatu server. Selain itu juga ‘installation’ mengguna Synaptic Package Manager dan melalui ‘apt-get’ juga dilaksanakan. Sebagai tambahan, Webmin di’instal bagi menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan “package dependency”.

Sudah tentu pengalaman menggunakan SUDO menjadi suatu yang agak ganjil, tetapi lama kelamaan ianya menjadi sesuatu yang biasa. Selain itu  juga peserta yang hadir diberi pengenalan kepada penagaturcaraan menggunakan GCC dan ECLIPSE. So lepas ni tak payah susah2 guna Visual Studio atau pun Visual Basic sbb GCC dan ECLIPSE sudah sangat memadai dan GNU/Linux OS dan perisian Free Software yang lain menggunakan GCC dan ECLIPSE secara meluas.

InsyaAllah mudah2an segala ilmu yang diajar akan dimanfaatkan oleh semua staf yang hadir dan dapat disebarkan kepada pelajar2 bagi menggalakkan minat mereka di dalam bidang IT ini. Come and use Ubuntu, it is READY for DESKTOP…

GNU/Linux Training (April) in KL and Terengganu (UMT)

Assalamualaikum dan Sejahtera semua,

Ada 2 Bengkel GNU/Linux bakal diadakan di Kuala Lumpur dan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Bengkel di UMT (21 & 22hb) adalah tertutup dan hanya boleh dihadiri oleh staf UMT sahaja. Manakala bengkel di Kuala Lumpur adalah terbuka untuk semua dan bilangan peserta adalah terhad. Bagi sesiapa yang berminat disertakan maklumat bengkel GNU/Linux di KL:

Tarikh: 13 dan 14hb Februari APRIL 2010

Masa: 8am – 5.30pm (setiap hari)

Tempat: Bilik Seminar Anjung UniMAP, Kuala Lumpur,

Hubungi: Anjung UniMAP, Kuala Lupmur, Suite 26.03, Tingkat 26, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, 50350 KL, 03-26941626.

Berikut adalah Isi Kandungan Bengkel:

  • Introduction to GNU/Linux & Free/Open Source Software
  • Installation of GNU/Linux System
  • Work Effectively on the Unix Command Line
  • Process Text Streams Using Text Processing Filters
  • Perform Basic File Management
  • Search Text Files Using Regular Expressions
  • Job Control
  • Create, Monitor, and Kill Processes
  • Filesystem Concepts
  • Manage File Ownership
  • Use File Permissions to Control Access to Files
  • Use of X-Window (KDE or GNOME)
  • Package/Software installation including server (Apache, FTP, SSH etc.)

Jumpa anda disana…………

Free Software Alternative to Commercial Software

Salam dan Sejahtera semua,

Mungkin tertanya2 apakah lagi software2 yang FREE! (BEBAS) yang sama fungsi dengan software komersil? Di sini disertakan Laman Web yang dapat memberi manfaat kepada pengguna yang ingin berjinak2 dgn Free Software dan telah bertaubat mengggunakan perisian cetak rompak.

Sila layari laman web ini (http://www.osalt.com/). Harus diingatkan bahawa bukan semua perisian FREE boleh di”install” pada sistem M$ (Micro$oft). Oleh itu selamat mencuba.

UniMAP FOSS Community (UFC) Meeting (February 2010)

Alhamdulillah, UFC ke-2 telah berjalan dengan lancar (Cek Mat belanja air kotak!!.. TQ Cek Mat). Lebih kurang 20 org yang hadir. Secara umum semua nampak macam faham je.

2 jenis aplikasi “server” telah berjaya di”instal” dan didemokan kpd semua yang hadir. Aplikasi tersebut ialah FTP dan SSH. Lepas ni “sure” lebih banyak “server” di UniMAP dan di setiap Pusat Pengajian.

Disentuh juga tentang apa itu FOSS, kerana ada beberapa ahli baru yang datang. Yang berjaya (rasanya la) adalah mesej tentang penggunan perisian “pirate” secara berleluasa dan tidak beretika di kalangan pelajar (dan staf!). Semua terdiam.. mungkin terasa.. tapi itu adalah hakikat.. Penggunan perisian “Pirate” adalah HARAM di sisi agama.. dan ganjaran DOSA juga akan diterima apabila menggalakkan orang lain melakukannya.

Bila cakap pasal ni.. semua yang hadir.. diam jee…. tapi tak pe.. pintu taubat masih terbuka. Oleh itu BERUBAH lah daripada sekarang… semoga dengan menggunakan perisian yang HALAL, semua perkara yang kita lakukan ada BAROKAHnye…..

Waktu mengajar pemasangan perisian aplikasi “server”, nak tidak kena ajar sedikit COMMAND LINE. Antara yang diajar adalah “command” cp dan ssh. Banyak lagi “command” yang berguna dan memudahkan kerja2 seharian. Selain itu juga, konsep sistem fail di dalam GNU/Linux juga diperkenalkan.. sbb ada yang tak tahu kat mana nak simpan fail… (directory C: , D: dan F: tak jumpa……….).

Oleh itu bulan depan UFC akan memperkenalkan beberapa “command2″ yang penting untuk menjadi “System Administrator” yang cekap dan berkesan.

Akhir sekali, dimaklumkan kepada semua yang hadir untuk melihat Dokumentari tentang FOSS di dalam Utube yang bertajuk REVOLUTION OS.

Sekian, jumpa lagi insyaAllah di bulan hadapan. ;)

UniMAP FOSS Community (UFC) Meeting (February 2010)

Untuk tidak menggalakkan penggunaan perisian TIDAK SAH dan menggalakkan penggunaan perisian BEBAS di UniMAP, satu perjumpaan dalam sekitar 2-3 jam akan diadakan. Aktiviti yang akan diadakan adalah seperti pembentangan dan perbincangan terbuka tentang FOSS, cara penggunaan dan memperkenalkan perisian yang boleh digunakan di dalam pembelajaran dan penyelidikan dan apa jua perkara yang berkaitan dengan penggunaan FOSS.

Semua staf dan pelajar (baru nak tahu atau pengguna yang mahir) adalah dijemput untuk berkongi pengalaman tentang FOSS. Perjumpaan tersebut akan diadakan di makmal MKR3 di Seberang Ramai pada 11 Februari 2010, 9.00AM.  Semua yang hadir digalakkan membawa laptop masing2 (jika perlu). Fasilitator perjumpaan ini ialah Profesor Madya Dr. R. Badlishah Ahmad.

——————————————————————————–

To discourage the use of pirated software and encouraging the use of Free/Open Source Software (FOSS) in UniMAP, a monthly meeting for about 2-3 hours will be held. The activities include presentations and open discusion of advantages, future of FOSS, usefull softwares for teaching and research and anything regarding the usage of FOSS.

All UniMAP staffs and students (beginners or advanced, even if you just want to know about FOSS) are welcome to share their experience in using FOSS. The meeting will be conducted in MKR3 laboratory in Seberang Ramai at 11th February 2010, 9 am. All participants are encouraged to bring their own laptop (if necessary). Assoc. Professor Dr R. Badlishah Ahmad will facilitate the meeting.

Topic of this month: “Setting up servers applications such as SSH, FTP,  Web Server, Webmin etc..”

Jumpa anda di sana!! :)

FOSS in Research – Part II

FOSS & PENYELIDIKAN

Perkara yang ingin dibincangkan di sini adalah bagaimana konsep dan penggunaan FOSS ini dapat dimanfaatkan oleh penyelidik-penyelidik di negara membangun seperti Malaysia. Tidak dapat dinafikan, penyelidik-penyelidik di Malaysia kreatif dan gigih. Ini dapat dilihat pada penghasilan produk-produk penyelidikan yang dipamerkan di pameran-pameran di dalam negara seperti ITEX, MTE serta pameran di luar negara seperti BIS, Nuremberg, INSPEX dan sebagainya. Kebanyakan produk yang dihasilkan adalah menggunakan perisian yang berlesen. Secara ringkas penyelidikan bergantung kepada perisian yang mahal. Ini menyebabkan pengkormesilan produk-produk penyelidikan terbantut kerana kos membangunkan produk menggunakan perisian berlesen adalah tinggi. Berbeza dengan negara-negara maju di US seperti MIT dan University of Berkeley. Mereka telah lama menjalankan penyelidikan menggunakan FOSS ini. Antara produk penyelidikan yang berkonsepkan FOSS yang sehingga kini masih digunakan adalah protokol Internet TCP/IP dan Berkeley SPICE (Simulation Program with Integrated Circuit Emphasis) yang relevan dan digunakan bagi menghasilkan produk-produk baru.

Di Malaysia, penggunaan FOSS di peringkat aplikasi pelayan (server) memang telah lama digunakan. Kini, semakin banyak aplikasi FOSS diimplementasikan dan dibangunkan. Antara sistem tersebut adalah seperti Moodle untuk E-Learning, Apache untuk pelayan web, Zimbra untuk pelayan emel dan semua sistem ini menggunakan sistem pengoperasian (operating system (OS) yang digeruni oleh kebanyakan pengguna komputer) GNU/Linux. Walau bagaimanapun, penggunaan FOSS dalam pembangunan produk-produk berasaskan elektronik masih rendah di kalangan penyelidik-penyelidik di Malaysia dan ini perlu dipertingkatkan segera bagi memajukan industri ICT di Malaysia.

Di UniMAP, Kluster Pengkomputeran Terbenam (Embedded Computing) telah mengorak langkah sejak tahun 2005 melalui penggunaan FOSS di dalam penyelidikannya seperti Linux kernel, GNU Compiler Collection (GCC) untuk pembangunan perisian untuk sistem terbenam (Embedded System), GNU Electronic Design Automation (gEDA) untuk merekabentuk litar elektronik, OMNeT++ dan NS2 untuk memodelkan rangkaian komputer & sistem teragih dan Scilab untuk pengiraan berangka. Melalui penggunaan FOSS ini, penyelidikan tidak lagi terlalu bergantung kepada perisian berlesen yang menghadkan penggunaan dan secara tidak langsung membantutkan kemajuan penyelidikan pada masa hadapan.

Penyelidikan-penyelidikan yang dibangunkan dan dijalankan adalah berasaskan penggunaan sistem pengoperasian (OS) GNU/Linux, antaranya “Wireless Data Acquisition System”, “Smart Camera”, “Intrusion Detection System (IDS)”, “Parallel Computing System”, “Optimization of Embedded OS”, “Real Time OS” dan Permodelan “Wireless Sensor Network” menggunakan OMNeT++. Baru-baru ini produk penyelidikan “Optimization of Embedded OS” telah memenangi kategori istimewa iaitu 2 EMAS BERGANDA bagi kategori Industri dan Rekabentuk di British Invention Show (BIS) 2009 di UK.

Walaupun pelbagai produk penyelidikan yang dihasilkan selama 4 tahun ini, namun penambahbaikan perlu dibuat untuk membolehkan ia dikomersilkan. Antara halangan di dalam melaksanakan penyelidikan menggunakan FOSS ini adalah tenaga penyelidik. Penyelidik yang mempunyai kemahiran menggunakan FOSS sukar diperolehi dan ini melambatkan pelaksanaan penyelidikan.

– end of part II —-

GNU/Linux – Command Line

Salam semua,

Hari nak bagitau betapa penting.. nye mengetahui melaksanakan arahan di dalam sisten GNU/Linux menggunakan command line. Kalau terer yg ni.. mmg sah anda seorang pengguna Linux yg mahir lagi berguna (boleh la ajar kawan2 – berguna utk org lain). Tapi kalau tak tahu.. dok seronok main “click” butang saja pun dah kira O.K.

Masa mula2 dulu mmg la pening dgn command line ni.. tapi dah 10 tahun berkecimpung ni.. insyaAllah.. selagi Allah bagi ingatan yg sihat ni boleh la.. ingat kebanyakan command yg penting.

Salah stau kepentingan “command line” ni kalau nak tahu… adalah kita boleh akses sistem GNU/Linux yg lain melalui SSH (secure shell).. ala macam telnet la.. tapi telnet tak “secure”.

Once dah connect guna ssh, seolah2 sistem tu macam berapa depan mata ja.. nak run apa2 program pun boleh. Nak “hack” sistem pun boleh.. Hari ni nak maklumkan “command line” yg WAJIB diketahui…

1. rm = delete fail

2. cp = nak copy fail

3. mv – nak rename @ move fail

4. apt-get = nak install packages

5. chmod = nak tukar mode fail@direktori

6. rmdir – delete directory

7. ssh = nak ssh sistem GNU/Linux yang lain

8. ifconfig = nak tgk status dan IP network card

9. pwd = nak tengok current directory

10. cd = nak tukar directori

11. locate = cari fail

12. find = cari fail jugak…

Cukup dulu setakat ni kalau nak tahu boleh tanya GOOGLE…. tapi yg penting install sistem GNU/Linux dulu.. baru boleh belajar.. kalau tak………… jgn harap la nak guna command line ni…………

Ok.. cukup takat ni dulu.. bila2 tambah lagi….. Cheers!!! (ahh… teringat Glasgow)