GNU/Linux Training for Staffs 2010

Baru tamat memberikan latihan GNU/Linux dari jam 2.30pm hingga 6pm. Ah.. lenguh kaki dibuatnya. Latihan kali ini melibatkan staf PLV. Bajet disediakn oleh UniMAP atas usaha Pn Hazila dan rakan2 yang buat kertas kerja tersebut. Sebelum ni training dibuat utk Juruteknik, dan kini untuk PLV. Unit Latihan ntah bila nak buat training GNU/Linux ni untuk staf UniMAP… dah bagi dah isi kandungan mungkin tak sempat lagi utk “organize” agaknya.

Kelainan latihan kali ini berbanding dgn sebelum ini adalah penggunaan USB untuk membuat “installation” kalau sebelum ini guna CD atau DVD kali ini dgn USB installation lebih PANTAS. Setiap peserta diberikan 1 USB drive bersaiz 4GB beserta Ubuntu Ultimate Edition (UE) versi 2.7.

Petang tadi sempat buat Pengenalan kpd Latihan, Pengenalan kepada GNU/Linux dan Free Software dan diakhiri dengan “installation” UE ke dalam Desktop yang mempunyai M$ dan Red Hat. Antara perkara yang ditekankan adalah Definisi dan kepentingan Free Software, mengenal-pasti dan menyediakan “partition” yang sesuai sebelum “installation”.

Alhamdulillan segalanya berjalan lancar. Latihan ini dipecahkan kepada 4 sesi (menyamai dgn 2 hari), makanan dan minimum disediakan. Ada 2 kumpulan PLV yang menghadiri… Jadi jumlah sesi kesemuanya adalah 8 sesi. Setiap sesi mengambil masa 3 jam. Oleh itu jumlah jam yang diperuntukkan adalah 24 jam… tu dia. Kalau ikutkan training kos melibatkan RM200 x 24 jam = RM4800 bayaran kepada Instruktor dikenakan. Tetapi demi memperjuangkan Free Software/Open Source Software (FOSS), caj yang dikenakan adalah 1 USB drive yang bersaiz 4GB. SYUKUR!!!!! Alhamdulillah, yang penting, ILMU tu dapat disampaikan dan insyaAllah peserta yang hadir akan membuang sofwer2 pirate yang digunakan (Amal Maaruf & Nahi Mungkar).

Kepada semua peserta “TQ for attending the training and may the FREEDOM propagate through all of you”

GNU/Linux Training in KL – 13 & 14 July 2010

Confirm!!! Training “Fundamamental of GNU/Linux System Administration” akan diadakan di Anjung UniMAP di KL. Seramai 9 org telah berdaftar.. (InsyaAllah 1 CD Ubuntu 10.04 dan 1 DVD Ultimate Edition 2.7 akan diedarkan kpd semua peserta)..  Berikut disertakan maklumat latihan tersebut.

Tarikh: 13 dan 14hb JULAI 2010

Masa: 9am – 6pm (setiap hari)

Tempat: Bilik Seminar Anjung UniMAP, Kuala Lumpur,

Hubungi: Anjung UniMAP, Kuala Lupmur, Suite 26.03, Tingkat 26, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, 50350 KL, 03-26941626.

Berikut adalah Isi Kandungan Bengkel:

  • Introduction to GNU/Linux & Free/Open Source Software
  • Installation of GNU/Linux System
  • Work Effectively on the Unix Command Line
  • Process Text Streams Using Text Processing Filters
  • Perform Basic File Management
  • Search Text Files Using Regular Expressions
  • Job Control
  • Create, Monitor, and Kill Processes
  • Filesystem Concepts
  • Manage File Ownership
  • Use File Permissions to Control Access to Files
  • Use of X-Window (KDE or GNOME)
  • Package/Software installation including server (Apache, FTP, SSH etc.)

Jumpa anda disana…………

GNU/Linux Training for Teachers & IT Techs

Salam semua,

Buat pertama kalinya Latihan GNU/Linux diadakan pada 24-25, 26-27hb Mei dan 1-2hb Jun 2010 diadakan. Latihan ini adalah anjuran bersama UniMAP, S.Keb Sena Perlis dan Jabatan Pelajaran Perlis (JPP). Peserta seramai ~150 orang (50 orang setiap sesi) dijangkan hadir. Pengarah ICT JPP iaitu encik kadri nampaknay bersungguh2 untuk memastikan sistem GNU/Linux digunakan di sekolah-sekolah Perlis. Alhamdulillah dengan perancangan yang teliti dan terancang usaha encik kadri akan berjaya. Latihan ini juga dibantu oleh Cikgu Firdaus, Dr Ong Bi Lynn, Cik Hasneeza dan En Fairuz.

Peserta terdiri daripada guru-guru, pegawai IT dan juruteknik. “Distribution” Ubuntu Ultimate Edition 2.5 digunakan kali ini. Masalah yang dihadapi adalah masa yang agak lama untuk “install” sistem ini. Tetapi berbalaoi kerana semua perisian (packages) dipasang ke dalam sistem tersebut, jadi tidak perlu menambah apa2 perisian yag lain lagi.

Rata2 semua nampak macam OK, terutama apabila mengkonfigurasi 3D effect menggunakan “Compiz”. Selain itu juga pemasangan “server” seperti FTP dan Apache, menarik minat semua peserta. Cuma kelemahan melaksanakan arahan di menggunakan “Command”, menyebabkan sukar untuk peserta mengikuti langkah2 mengkonfigurasi pelayan tersebut. Apa2 pun, konsep tentang pelayan dapat difahami semua.

So tinggal lagi satu sesi sahaja lagi pada 1-2 Jun (esok) untuk bengkel yang terbesar setakat ini diadakan. InsyaAllah pada 10-11 Jun juga bengkel yang sama diadakan untuk PLV di PPKKP.

InsyaAllah, Perlis akan menjadi negeri pertama melaksanakan penggunaan sistem GNU/Linux secara meluas di peringkat sekolah, dan yang pentingnya pelajar di peringkat sekolah telah didedahkan dengan sistem BEBAS ini dan mengelakkan mereka menggunakan perisian cetak rompak yang tidak bermoral.

Sekian coretan kali ini, insyaAllah berjumpa lagi.. :)

Link: Tentang Latihan GNU/Linux yang diadakan http://www.omaq.org/v3/2010/06/02/kursus-ubuntu-gnulinux-unimap/

GNU/Linux Workshop at UMT

Alhamdulillah, selesai bengkel GNU/Linux di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Terima kasih kepada pihak UMT, Jabatan Sains Komputer terutama kepada Prof. Md. Yazid Mohd Saman (http://staff.umt.edu.my/~yazid/mycv/) yang telah menjemput untuk mengendalikan bengkel ini.

Semua nampak macam yakin untuk menggunakan GNU/Linux (Ubuntu) di dalam pengajaran dan penyelidikan. Untuk kegunaan harian mungkin masih berfikir lagi agaknya. Yang pasti Prof Yazid akan bertukar daripada M$ ke Ubuntu. Malah beliau telah meng’instal’kan Ubuntu Remix ke dalam USB beliau dan lepas ni tak payah bawa Notebook kemana-mana sebab boleh guna USB Ubuntu Remix untuk kegunaan seharian & di mana sahaja.

Untuk makluman USB Ubuntu boleh ‘run’ Live Ubuntu tanpa menggangu sistem komputer yang digunakan. Cuma perlu masukkan USB Ubuntu  (dan boot melalui USB) dan mula menggunakan Komputer. Ada 3-4 orang juga yang sebenarnya telah mengikuti kursus Linux sebelum ini, maka mereka ini agak cepat memahami. Tak banyak “Command Line” yang diperkenalkan tetapi bengkel kali ini menekankan penggunaan GUI menggunakan GNOME. Masa banyak diluangkan untuk menunjukkan cara2 meng’install’ Aplikasi Server seperti SSH, FTP, Apache2 (web) dan kegunaan SSH untuk mengakses perisian pada sesuatu server. Selain itu juga ‘installation’ mengguna Synaptic Package Manager dan melalui ‘apt-get’ juga dilaksanakan. Sebagai tambahan, Webmin di’instal bagi menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan “package dependency”.

Sudah tentu pengalaman menggunakan SUDO menjadi suatu yang agak ganjil, tetapi lama kelamaan ianya menjadi sesuatu yang biasa. Selain itu  juga peserta yang hadir diberi pengenalan kepada penagaturcaraan menggunakan GCC dan ECLIPSE. So lepas ni tak payah susah2 guna Visual Studio atau pun Visual Basic sbb GCC dan ECLIPSE sudah sangat memadai dan GNU/Linux OS dan perisian Free Software yang lain menggunakan GCC dan ECLIPSE secara meluas.

InsyaAllah mudah2an segala ilmu yang diajar akan dimanfaatkan oleh semua staf yang hadir dan dapat disebarkan kepada pelajar2 bagi menggalakkan minat mereka di dalam bidang IT ini. Come and use Ubuntu, it is READY for DESKTOP…

GNU/Linux Training (April) in KL and Terengganu (UMT)

Assalamualaikum dan Sejahtera semua,

Ada 2 Bengkel GNU/Linux bakal diadakan di Kuala Lumpur dan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Bengkel di UMT (21 & 22hb) adalah tertutup dan hanya boleh dihadiri oleh staf UMT sahaja. Manakala bengkel di Kuala Lumpur adalah terbuka untuk semua dan bilangan peserta adalah terhad. Bagi sesiapa yang berminat disertakan maklumat bengkel GNU/Linux di KL:

Tarikh: 13 dan 14hb Februari APRIL 2010

Masa: 8am – 5.30pm (setiap hari)

Tempat: Bilik Seminar Anjung UniMAP, Kuala Lumpur,

Hubungi: Anjung UniMAP, Kuala Lupmur, Suite 26.03, Tingkat 26, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, 50350 KL, 03-26941626.

Berikut adalah Isi Kandungan Bengkel:

  • Introduction to GNU/Linux & Free/Open Source Software
  • Installation of GNU/Linux System
  • Work Effectively on the Unix Command Line
  • Process Text Streams Using Text Processing Filters
  • Perform Basic File Management
  • Search Text Files Using Regular Expressions
  • Job Control
  • Create, Monitor, and Kill Processes
  • Filesystem Concepts
  • Manage File Ownership
  • Use File Permissions to Control Access to Files
  • Use of X-Window (KDE or GNOME)
  • Package/Software installation including server (Apache, FTP, SSH etc.)

Jumpa anda disana…………

Linux – 2 Days Training

Ada sapa2 nak panggil utk buat training.. bole hubungi saya. Kos tak mahal 1 jam RM200 (boleh berunding lagi.. kalau betul2 berminat) + kos travel + kos penginapan.

Kalau nak tahu maklumat lanjut tentang kursus ni sila ke…

http://publicweb.unimap.edu.my/~badli/flyers_linux_v2.pdf

Setakat ni dah buat di UTHM (2004), utk staf Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) UniMAP, Juruteknik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan UniMAP, Kelab Pelajar-pelajar Komputer & Perhubungan UniMAP dan terkini di Fakulti Elektrik & Elektronik Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 9-10 Disember 2009. ;)