Ubuntu Ultimate Edition 2.7

Salam semua,

Semalam baru test2 Ultimate Edition (UE) 2.7.. install pada Dell Studio XPS, 8 core processors, RAM 3GB, HD 500GB… Memang……….. HEBAT… segala2 berfungsi dan ditambah dgn segala jenis desktop effect yang memukau mata. So insyaAllah lepas test apa2 yg patut guna UE 2.7, bole la digunakan utk bengkel linux pada 13 & 14 Julai nanti. Ye la.. nak bagi orang minat dgn GNU/Linux ni.. bukan dgn cara ajar Command Line sahaja.. kaedah ini membosankan, tetapi ajar guna GUI dan perkenalkan persisian2 yg alternatif kpd perisian Micro$oft baru la mereka ada semangat untuk menggunakan GNU/Linux. Tapi yela.. walaupun tunjuk mcm2 3D effect pad desktop pun masih ada yg tak berminat.. nak buat macamana? dah malas nak mencuba benda baru.. Ye la.. benda baru memang la susah..

Tapi usaha menggalakkan penggunaan GNU/Linux ini akan diteruskan bagi memberi peluang kpd mereka utk “bertaubat” menggunakan perisian CETAK ROMPAK!

W/pun Ubuntu UE 2.7.. mmg hebat dan tak rugi menggunakannya……. :) So apa lagi CUBA jgn tak CUBA….

Free Software Alternative to Commercial Software

Salam dan Sejahtera semua,

Mungkin tertanya2 apakah lagi software2 yang FREE! (BEBAS) yang sama fungsi dengan software komersil? Di sini disertakan Laman Web yang dapat memberi manfaat kepada pengguna yang ingin berjinak2 dgn Free Software dan telah bertaubat mengggunakan perisian cetak rompak.

Sila layari laman web ini (http://www.osalt.com/). Harus diingatkan bahawa bukan semua perisian FREE boleh di”install” pada sistem M$ (Micro$oft). Oleh itu selamat mencuba.

FOSS in Research – Part II

FOSS & PENYELIDIKAN

Perkara yang ingin dibincangkan di sini adalah bagaimana konsep dan penggunaan FOSS ini dapat dimanfaatkan oleh penyelidik-penyelidik di negara membangun seperti Malaysia. Tidak dapat dinafikan, penyelidik-penyelidik di Malaysia kreatif dan gigih. Ini dapat dilihat pada penghasilan produk-produk penyelidikan yang dipamerkan di pameran-pameran di dalam negara seperti ITEX, MTE serta pameran di luar negara seperti BIS, Nuremberg, INSPEX dan sebagainya. Kebanyakan produk yang dihasilkan adalah menggunakan perisian yang berlesen. Secara ringkas penyelidikan bergantung kepada perisian yang mahal. Ini menyebabkan pengkormesilan produk-produk penyelidikan terbantut kerana kos membangunkan produk menggunakan perisian berlesen adalah tinggi. Berbeza dengan negara-negara maju di US seperti MIT dan University of Berkeley. Mereka telah lama menjalankan penyelidikan menggunakan FOSS ini. Antara produk penyelidikan yang berkonsepkan FOSS yang sehingga kini masih digunakan adalah protokol Internet TCP/IP dan Berkeley SPICE (Simulation Program with Integrated Circuit Emphasis) yang relevan dan digunakan bagi menghasilkan produk-produk baru.

Di Malaysia, penggunaan FOSS di peringkat aplikasi pelayan (server) memang telah lama digunakan. Kini, semakin banyak aplikasi FOSS diimplementasikan dan dibangunkan. Antara sistem tersebut adalah seperti Moodle untuk E-Learning, Apache untuk pelayan web, Zimbra untuk pelayan emel dan semua sistem ini menggunakan sistem pengoperasian (operating system (OS) yang digeruni oleh kebanyakan pengguna komputer) GNU/Linux. Walau bagaimanapun, penggunaan FOSS dalam pembangunan produk-produk berasaskan elektronik masih rendah di kalangan penyelidik-penyelidik di Malaysia dan ini perlu dipertingkatkan segera bagi memajukan industri ICT di Malaysia.

Di UniMAP, Kluster Pengkomputeran Terbenam (Embedded Computing) telah mengorak langkah sejak tahun 2005 melalui penggunaan FOSS di dalam penyelidikannya seperti Linux kernel, GNU Compiler Collection (GCC) untuk pembangunan perisian untuk sistem terbenam (Embedded System), GNU Electronic Design Automation (gEDA) untuk merekabentuk litar elektronik, OMNeT++ dan NS2 untuk memodelkan rangkaian komputer & sistem teragih dan Scilab untuk pengiraan berangka. Melalui penggunaan FOSS ini, penyelidikan tidak lagi terlalu bergantung kepada perisian berlesen yang menghadkan penggunaan dan secara tidak langsung membantutkan kemajuan penyelidikan pada masa hadapan.

Penyelidikan-penyelidikan yang dibangunkan dan dijalankan adalah berasaskan penggunaan sistem pengoperasian (OS) GNU/Linux, antaranya “Wireless Data Acquisition System”, “Smart Camera”, “Intrusion Detection System (IDS)”, “Parallel Computing System”, “Optimization of Embedded OS”, “Real Time OS” dan Permodelan “Wireless Sensor Network” menggunakan OMNeT++. Baru-baru ini produk penyelidikan “Optimization of Embedded OS” telah memenangi kategori istimewa iaitu 2 EMAS BERGANDA bagi kategori Industri dan Rekabentuk di British Invention Show (BIS) 2009 di UK.

Walaupun pelbagai produk penyelidikan yang dihasilkan selama 4 tahun ini, namun penambahbaikan perlu dibuat untuk membolehkan ia dikomersilkan. Antara halangan di dalam melaksanakan penyelidikan menggunakan FOSS ini adalah tenaga penyelidik. Penyelidik yang mempunyai kemahiran menggunakan FOSS sukar diperolehi dan ini melambatkan pelaksanaan penyelidikan.

– end of part II —-

FOSS in Research – Part I

PENGENALAN

Perkembangan teknologi ICT dan pengkomputeran mutakhir ini dilihat begitu pesat membangun. Pelbagai sistem dan aplikasi daripada telefon bimbit sehingga sistem rangkaian telefon atau komputer, sistem hiburan di atas pesawat dan sistem pembuatan berkomputer dalam industri pengilangan. Boleh dikatakan apa jua perkakasan elektronik menggunakan sistem pengkomputeran yang dapat melaksanakan fungsi secara berkesan. Negara maju semakin galak merekabentuk sistem-sistem baru yang canggih dan kompleks sesuai dengan kehendak industri ICT. Apabila bercerita tentang kemajuan teknologi ini, ramai yang terlepas pandang dengan kewujudan teknologi yang sedia untuk diterokai. Teknologi tersebut ialah “Teknologi” Perisian Bebas (FOSS).

FOSS

FOSS ialah perisian yang memberi kebebasan lesen penggunaan kepada pengguna untuk MENGGUNAKAN, MENGKAJI, MENGUBAH dan MENGEDAR (4M) rekabentuk melalui kod sumber yang diberi. Contoh, seperti meja makan yang dibeli dari sebuah syarikat perabot dan pekedai tersebut memberikan gambarajah rekabentuk meja tersebut dan syarikat tersebut memberi hak terhadap 4M yang dinyatakan di atas. Hak 4M tersebut juga perlu diberikan kepada orang lain jika ia dijual setelah dibuat penambahbaikan. Dengan kaedah ini, timbullah isu bagaimana mahu membuat perniagaan? Walau bagaimanapun, isu ini tidak dibincangkan di sini. Ia berbeza dengan perisian yang “proprietary” yang mana kod sumber tidak diberikan. Apabila kod sumber tidak diberikan, pengguna tidak boleh melakukan 4M. Kaedah ini digunakan oleh syarikat-syarikat ICT yang besar untuk membuat keuntungan yang berlipat kali ganda. Kaedah ini juga membolehkan syarikat tersebut MENGUASAI pengguna melalui sistem perlesenan yang begitu mahal. Kaedah ini juga membolehkan syarikat tersebut mengawal TEKNOLOGI mereka daripada negara-negara yang membangun seperti Malaysia melalui konsep BELI, GUNA dan BELI lagi….

Nantikan bahagian kedua artikel ini…………