UniMAP FOSS Community (UFC) Meeting (February 2010)

Alhamdulillah, UFC ke-2 telah berjalan dengan lancar (Cek Mat belanja air kotak!!.. TQ Cek Mat). Lebih kurang 20 org yang hadir. Secara umum semua nampak macam faham je.

2 jenis aplikasi “server” telah berjaya di”instal” dan didemokan kpd semua yang hadir. Aplikasi tersebut ialah FTP dan SSH. Lepas ni “sure” lebih banyak “server” di UniMAP dan di setiap Pusat Pengajian.

Disentuh juga tentang apa itu FOSS, kerana ada beberapa ahli baru yang datang. Yang berjaya (rasanya la) adalah mesej tentang penggunan perisian “pirate” secara berleluasa dan tidak beretika di kalangan pelajar (dan staf!). Semua terdiam.. mungkin terasa.. tapi itu adalah hakikat.. Penggunan perisian “Pirate” adalah HARAM di sisi agama.. dan ganjaran DOSA juga akan diterima apabila menggalakkan orang lain melakukannya.

Bila cakap pasal ni.. semua yang hadir.. diam jee…. tapi tak pe.. pintu taubat masih terbuka. Oleh itu BERUBAH lah daripada sekarang… semoga dengan menggunakan perisian yang HALAL, semua perkara yang kita lakukan ada BAROKAHnye…..

Waktu mengajar pemasangan perisian aplikasi “server”, nak tidak kena ajar sedikit COMMAND LINE. Antara yang diajar adalah “command” cp dan ssh. Banyak lagi “command” yang berguna dan memudahkan kerja2 seharian. Selain itu juga, konsep sistem fail di dalam GNU/Linux juga diperkenalkan.. sbb ada yang tak tahu kat mana nak simpan fail… (directory C: , D: dan F: tak jumpa……….).

Oleh itu bulan depan UFC akan memperkenalkan beberapa “command2″ yang penting untuk menjadi “System Administrator” yang cekap dan berkesan.

Akhir sekali, dimaklumkan kepada semua yang hadir untuk melihat Dokumentari tentang FOSS di dalam Utube yang bertajuk REVOLUTION OS.

Sekian, jumpa lagi insyaAllah di bulan hadapan. ;)

UniMAP Free/Open Source Software Community (UFC)

Alhamdulillah…

Akhirnya dpt juga aku fokus utk buat UniMAP Free/Open Source Software (UFC) monthly meeting. Bukan apa susah betul nak set masa yang sesuai. Baru semalam PA aku buat announcement kat postmaster UniMAP. UFC buat julung2 kalinya akan diadakan pada 22hb Januari pada Jam 9AM di MKR3. Suspen juga… harap2 ada la org yang datang.. kalau tak mungkin kena WAJIBkan staf PPKKP datang.

Apa-apa pun perjuangan ini ikhlas tidak harap ganjaran dunia, harap ganjaran akhirat je.. sbb sapa2 yang mengajarkan ilmu kpd seseorang maka pahala selagi ilmu itu digunakan akan dapat kepada yang menggunakan dan yang mengajarnya.

So meeting ni simple je.. kita akan open discusion apa2 yang ingin diketahui.. so subjek memang besar la.. tapi saya akan cuba jawab segala persoalan yang ditanya. Meeting ni diadakan di Makmal Komputer PPKKP so sapa2 yang rasa nak install Ubuntu… sila lah hadir.. ada fasilitator yang akan membantu.

Meeting ini juga akan berkongsi maklumat tentang sofwer2 yang bermanfaat dan utk menggantikan sofwer2 HARAM yang digunakan oleh terutama pelajar2. Staf tak apa sbb KPT dah sign agreement dgn Microsoft sebanyak

RMXXXXXX Juta………..

So kebanyakan sofwer Microsoft di IPTA mmg HALAL… cuma kesian kat student terpaksa buat kerja HARAM (guna sofwer pirate.. sbb kadang2 pensyarah juga yang suruh!!!)

So sapa2 yang berminat boleh la hadir ke UFC Meeting ni… ingat!!! 22hb Jan, Jam 9Am di MKR3. Berjumpa di sana………….. :)