GNU/Linux Training for Staffs 2010

Baru tamat memberikan latihan GNU/Linux dari jam 2.30pm hingga 6pm. Ah.. lenguh kaki dibuatnya. Latihan kali ini melibatkan staf PLV. Bajet disediakn oleh UniMAP atas usaha Pn Hazila dan rakan2 yang buat kertas kerja tersebut. Sebelum ni training dibuat utk Juruteknik, dan kini untuk PLV. Unit Latihan ntah bila nak buat training GNU/Linux ni untuk staf UniMAP… dah bagi dah isi kandungan mungkin tak sempat lagi utk “organize” agaknya.

Kelainan latihan kali ini berbanding dgn sebelum ini adalah penggunaan USB untuk membuat “installation” kalau sebelum ini guna CD atau DVD kali ini dgn USB installation lebih PANTAS. Setiap peserta diberikan 1 USB drive bersaiz 4GB beserta Ubuntu Ultimate Edition (UE) versi 2.7.

Petang tadi sempat buat Pengenalan kpd Latihan, Pengenalan kepada GNU/Linux dan Free Software dan diakhiri dengan “installation” UE ke dalam Desktop yang mempunyai M$ dan Red Hat. Antara perkara yang ditekankan adalah Definisi dan kepentingan Free Software, mengenal-pasti dan menyediakan “partition” yang sesuai sebelum “installation”.

Alhamdulillan segalanya berjalan lancar. Latihan ini dipecahkan kepada 4 sesi (menyamai dgn 2 hari), makanan dan minimum disediakan. Ada 2 kumpulan PLV yang menghadiri… Jadi jumlah sesi kesemuanya adalah 8 sesi. Setiap sesi mengambil masa 3 jam. Oleh itu jumlah jam yang diperuntukkan adalah 24 jam… tu dia. Kalau ikutkan training kos melibatkan RM200 x 24 jam = RM4800 bayaran kepada Instruktor dikenakan. Tetapi demi memperjuangkan Free Software/Open Source Software (FOSS), caj yang dikenakan adalah 1 USB drive yang bersaiz 4GB. SYUKUR!!!!! Alhamdulillah, yang penting, ILMU tu dapat disampaikan dan insyaAllah peserta yang hadir akan membuang sofwer2 pirate yang digunakan (Amal Maaruf & Nahi Mungkar).

Kepada semua peserta “TQ for attending the training and may the FREEDOM propagate through all of you”

Finally: Ultimate Edition 2.7 on HP Mini 2140

Akhirnya………………………………………… Dengan Harga RM000000.00000

UE 2.7 dah di’instal’ dengan Ubuntu Ultimate Edition 2.7… Fuh……. mmg berasap!!!! Cek Mat dan Md Nor… kita adalah dikalangan orang yg pertama install UE ke dalam Netbook masing2..

Install 15 minit je dgn menggunakan USB, tapi nak back up emel dan data dekat 3 jam!!!! pergh.. apa pun… mmg sgt.. sgt.. sgt berpuas hati dengan prestasi UE ini di dalam Netbook ni….

InsyaAllah presentation dlm Persidangan NetApps2010 yang dianjurkan oleh UUM akan menggunakan Netbook dgn UE2.7… sewaktu menjadi Invited Speaker nanti.

Banyak betul ‘packages’ yg ada dlm UE ni… tak tahu nak guna mana satu.. Cinelerra ka, Kdeenlive ka… Firefox, Chromium, Pidgin, Empathy, Blender, Gimp, K-3D, Audacity, Amorak, VLC, Totem, DVD Rip tu dia………….. awat banyak sangat ni!!!

Ubuntu Ultimate Edition 2.7, really spoiling us… (kata2 dari iklan Coklat Ferrero Rocher…)

NOTA!!! Flash Player kena install (sbb tak bole tgk Youtube…). Cara nak Install, pi kat Synaptic Package Manager dan install ‘flashplugin-nonfree’.. voila la.. SIAP!!! (Install guna broadband tak sampai 3 minit!!)

Ultimate Edition 2.7 and Netbook.. Great Piece of System!!

Salam semua,

Adakah anda pengguna Netbook? Jika ya, mari jadikan komputer anda, sebuah sistem yang dicemburui oleh pengguna2 M$. Caranya? install Ubuntu Ultimate Edition 2.7 (UE 2.7), dan saksikan sistem yang HEBAT beraksi walau menggunakan prosesor ATOM Intel. Ye Ubuntu Ultimate Edition 2.7.. boleh diinstal ke dalam Netbook.

Sebelum ini isteri saya menggunakan Ubuntu 9.4, Compiz ok.. semuanya berjalan lancar. Tetapi semalam, saya telah mencuba install UE 2.7 kedalam USB (sebelum ni guna DVD). So mustahil utk ‘install’ UE kedalam Netbook, lagipun dlm website Ubuntu mengatakan utk Netbook ‘elok’ guna Ubuntu Remix sebab sesuai dan telah di’optimize’ untuk Netbook. Pagi, tadi, saya buat ‘ujikaji’ ke atas Netbook isteri saya Model IBM Lenovo S10-2.

Hasilnya??? sungguh mengagumkan! Compiz dan display lebih smooth, dan Macam2 package ada!!!!! Tak la berat sangat.. tapi bila enable ‘Desktop SNOW’ ada sikit ‘delay’.. tapi tak perlu la.. nak ‘enable’ snow tu.. Compiz 3D pun dah cukup MANTOP…

So lepas ni nak install kat Netbook sendiri (Model HP Mini 2140) pulak.. tengok ok ke tidak.. sbb  sebelum ni.. Compiz FAILED.. pada Netbook tu…

So pada sapa2 yg ada Netbook boleh cuba install UE 2.7… try run guna live dulu.. kalau wireless, sound dan Compiz jalan… maksudnya ok la tu..

Selamat Mencuba SEMUA…..

Recover GRUB | Avoid M$ Windows rewrite MBR

Salam..

Anda mempunyai masalah, apabila buat Dual Boot utk M$ dan Ubuntu? Cara penyelesaian baca link ini:

1. https://help.ubuntu.com/community/RecoveringUbuntuAfterInstallingWindows

2. Once grub is working… boot into M$ Windows and DISABLE these services: hpqwmiex.exe and PC angel

Next follow steps no 1. again (to recover grub again)..

3. Once grub is working you can choose Ubuntu, BUT if it stuck.. reboot and run Ubuntu recovery mode…

4. In the recovery mode, start reboot as normal boot and run X windows using “startx”.. buka terminal dan run “sudo update-grub”..

5. Reboot system insyAllah.. Grub dan Ubuntu should be bootable.. dan boleh boot windows tanpa merosakkan grub sebab proses  hpqwmiex.exe & PC angel telah di”disablekan”.

Good Luck.